Friday 16 October 2015

LAST DAY PROGRAMME

Hari ini last day Mesyuarat Penyediaan Pelan Strategik KWP 2016 - 2020 Kali Ke-2 di The Royale Bintang, Resort & Spa, Seremban, Negeri Sembilan. Lega rasanya bilamana program berjalan lancar. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberkati perjalanan program ini.

Pagi ini sahaja dah 2 orang customers whatsapp tanya tentang urutan. Begitu juga tentang Queen Signature Promotion untuk bulan ini. Syukur ke hadrat Ilahi. Memang nak kena work out ni coz nak settlekan deposit rumah 2%. Aset yang tak terhingga tu. Penat lelah selama ini kena ada pulangannya .Baru nampak hasilnya. Takkan nak stay kuarters sampai ke pencen???

Insya Allah sampai ke Putrajaya petang ini jam 3.00 petang jika tiada aral melintang dan terus shoot pergi mengurut customer. Kasihan pula bila orang mohon pertolongan kita haruslah dibantu mana yang mampu. But, before that kena solat dulu agar perjalanan hidup semakin diberkatiNya. Sekarang ini jika Allah swt nak tarik nyawa kita anytime sahaja boleh that's why kena sentiasa bersedia kerna mati itu pasti barzakh itu wujud akhirat itu kekal. Yang hanya sementara adalah dunia dan nyawa yang merupakan pinjaman untuk kita.

Wallahu hu a'llam.....

No comments:

Post a Comment