Friday 29 April 2016

The Pleasure Is Yours

Welcome To Jemari Refresh Mobile Spa ~ Ladies Only
======================
The pleasure is all yours,

Treat yourself to a luxurious experience in your home, office or anywhere your imagination takes you and you deserve it. I will pamper you, renewing your mind, body and soul. Indulge yourself with one if my surprisingly affordable spa packages and experience a specialized combinations of treatments that will perfectly transform your body and spirit. Your pleasure is all yours and your comfort is sacred.

You name your location and I will bring the spa directly to your door.

Contact: 0176325250

Urutan seluruh badan

Alhamdulillah settle susah slot urutan seluruh badan bersama Puan Enny dari Putrajaya. Before this saya urut kaki beliau sahaja dan disebabkan beliau serasi berurut dengan saya, maka beliau set pula appointment untuk urutan seluruh badan.

Tanpa perlu disoal mahupun ditanya apa yang beliau rasa after urut kaki last week, beliau sendiri buka mulut share dengan saya:

��senang nak solat lepas diurut
��kaki terasa ringan
��nak pijak lantai pun tak terasa sakit terutama tumit kaki

Yang paling best dan syukur ke hadrat Ilahi yang Puan Enny beritahu kepada saya, insya Allah dia plan nak berurut dengan saya sekali sebulan memandangkan dia serasi berurut dengan saya after urut kaki last week. Bukan nak kata saya hebat tapi alhamdulillah yang rata-rata pelanggan pertama saya akan repeat treatment dengan saya.

Saya juga bersyukur di samping mencari rezeki dan menambahkan pendapatan, saya juga membantu kaum wanita yang memerlukan pertolongan dari segi perubatan tradisional.

Memandangkan awal pagi esok saya ada appointment dengan 2 orang customers saya di mana kedua-duanya adalah slot pakej, maka malam ni saya nak rest sepenuhnya. Dan secara kebetulannya pula Puan Rafiza Rahmat kiv slot pakej beliau malam ni atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah tuhan."

Tak salah untuk kita kelihatan cantik tapi apa guna cantik di luar, longgar di dalam?

Apa guna make up 10 inci tapi dalaman berbau?

Macam mana nak maintain luar dan dalam???

��JAMU KUNYIT WARISAN NENDA ��

Contact: 0176325250

#jemarirefreshmobilespa
#jamukunyitwarisannenda
#urutanseluruhbadan

Thursday 28 April 2016

Jemari Mener Package

Alhamdulillah selesai sudah slot pakej ibu bersalin hari pertama bersama Puan Huda dari Puchong, Selangor. Actually beliau susah masuk hari ke-21 berpantang dan kasihannya baby beliau merupakan baby pra-matang di mana beliau bersalin 2 bulan awal.
So, baby kena tahan wad dan beliau juga setiap hari terpaksa berulang-alik ke hospital bagi tujuan breast feed. No formula milk allowed by doctor and nurse ya.

Memandangkan beliau terpaksa berulang-alik setiap hari maka badan pun terasa kebas, sakit Dan bisa. Yang paling tak boleh tahan, angin seluruh badan. Dan sebenarnya beliau dah contact saya awal tetapi memandangkan jadual saya pula penuh so terpaksa kiv untuk rawatan urutan serta bertungku.

Alhamdulillah hari ini rezeki beliau dan sebenarnya beliau nak buat rawatan ni direct 3 days tetapi memandangkan saya pula tak available so terpaksa jarakkan hari rawatan.

Masa saya bakar tungku besi selepas sesi urutan, beliau response kepada saya,

"Ringan sikit badan Kak. Kalau tak rasa kebas dan sakit badan."

Mana tak kebas dan sakit badan tu kalau dah masuk hari ke-21 pun still tak berurut? Masa saya urut beliau pun apa yang saya boleh simpulkan adalah:

✍��urat tegang
✍��aliran darah tak lancar
✍��kebas seluruh badan
✍��angin seluruh badan
✍��rasa sengal sendi terutama bahagian pinggang
✍��kepala terasa sakit

Firstly jumpa beliau, muka nampak pucat disebabkan penat, letih dan kurang rehat. Saya sarankan beliau amalkan jamu kunyit warisan nenda 3 biji 2 Kali sehari atau 5 biji sekali sehari untuk kembalikan semula stamina, buang angin, lancarkan aliran darah serta mengecutkan rahim. Bila aliran darah lancar, barulah berseri-seri wajah tu. Awet muda gitew.

Kecantikan adalah hak milik setiap insan dan wanita yang cantik adalah wanita yang ada keyakinan. Tapi cantik sahaja tak cukup jika dalamannya tak sihat.

Bagaimana nak cantik dan sihat?

Jamu Kunyit Warisan Nenda lah jawapannya.

Contact: 0176325250

Wednesday 27 April 2016

Urutan seluruh badan

Morning all. Dah breakfast? Jangan tak breakfast ya sebab breakfast ni sangat penting memandangkan perut kita dah rest dari malam hinggalah saat kita bangkit dari tidur kita.

Tak moh meleret-leret type. Just nak focus slot saya pagi ni. Bukan throwback tetapi just nak share mesej my sweet lovely Puan Su atau lebih rapat saya panggil dia dengan nama Kak Su. Dan apa yang lebih menyentuh hati saya adalah beliau share dengan saya malam tadi yang dah lama beliau follow saya since saya open home spa until saya close home spa saya dan keep on with my mobile spa.

Jumpa baru 2 kali tapi hubungan kami macam dah 2 tahun kenal. Gitewlah antara saya dengan customers saya di mana saya sentiasa menjaga hubungan bukan sahaja untuk business sahaja malahan hubungan itu akan menjadi hubungan silaturrahim yang sangat erat dan rapat. Bagi saya customer saya semua bagaikan saudara dan keluarga saya.

Wo wo wo stop right now and focus focus focus. 2 kali rawatan urutan dengan saya dan hasilnya???

��serasi
��badan rasa ringan
��sakit belakang tengkuk pun dah ok
��very good service

Komen Kak Su juga kenapa dia memilih mobile spa yang disediakan oleh saya???

��senang
��tak perlu keluar RUMAH
��tunggu je 'mobile spa' datang ke rumah

So, tak perlu nak explain too much nanti anda rasa bosan pula. Biarlah pics art saya sahaja yang berbicara dengan anda. Anda baca anda nilai sendiri. Semua yang saya type ni adalah fakta dan bukannya auta.

Pembuka kata di awal pagi,

"Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut."

Itu kalau batu yang keras. Kalau urat tegang? Angin banyak? Bisa seluruh badan? Kebas dan aliran darah tak lancar?

Urutan badan lah you alls. Bukan sahaja urutan. Lulur badan, masker badan, tungku badan, mandi rempah, mandi bunga dan jamu kunyit warisan nenda antara rawatan yang boleh kita lakukan.

No time for spa? Don't worry. I will delivered spa directly to your door. Tunggu je kedatangan saya.

Contact: 0176325250

Sunday 24 April 2016

Urutan ibu selepas bersalin

Salam sejahtera you alls,

Tadi saya ada janji nak share something dengan you alls kan tentang customer saya yang anak dah masuk tiga tapi saya merupakan therapist dia yang pertama.

Maksudnya apa? Maksudnya adalah, beliau tak pernah berurut since dari melahirkan anak pertama atas tiket alasan,

"AKAK GELI NAK BAGI ORANG SENTUH BADAN AKAK."

Actually urutan ni penting dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Tambahan pula jika sudah melahirkan anak di mana kebaikan melakukan urutan selepas bersalin adalah (sumber daripada PaMa): 

��Melancarkan perjalanan darah.

��Mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung.

��Menaikkan rahim.

��Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.

��Memecahkan lemak.

��Mengetat dan membentuk kembali tubuh.

��Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.

��Memberi kesegaran tubuh badan.

Yang menariknya, urutan tradisional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payu dara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.

Untuk kesan yang lebih baik serta menyegarkan tubuh badan, disarankan agar melakukan rawatan tungku badan serta memakai param, tapel dan pilis seluruh badan dan last sekali barulah berbengkung. Insya Allah bukan sahaja menyegarkan tubuh badan malahan juga membentuk postur tubuh yang menawan dan anggun ala-ala Che Ta gitew.

Nak tahu apa masalah customer saya yang tidak berurut selepas bersalin ini?

��urat bersimpul sehinggakan selepas urat diperbetulkan kedengaran seperti bunyi meletup.

��angin dan kebas seluruh tubuh badan.

��bisa seluruh tubuh badan.

��rahim 'prolaps' dan angin di bahagian ari-ari.

Masa saya sengkak memang terasa rahim jatuh serta angin sekitar perut dan ari-ari. Agak sakit sikit masa disengkak tapi alhamdulillah komen beliau terasa ringan teramat sangat lepas disengkak dan begitu juga badan terasa ringan dan segar. Malahan yang paling mahal adalah langsung tak rasa geli pun.

Geli tu sekejap sahaja tapi sakit kerana geli tu boleh makan bertahun-tahun. Saya bukan nak paksa anda berurut dengan saya tapi saya nak anda sihat dan segar sentiasa. Tak kisah anda tak nak berurut dengan saya. Boleh je berurut dengan therapist lain asal anda ada lakukan rawatan urutan.

A HEALTHY MAN HAS A HUNDRED WISHES, A SICK MAN HAS ONLY ONE.

Yang mana satu menjadi pilihan anda?

HUNDRED WISHES ATAU ONLY ONE?

Segalanya ditentukan anda dan orang yang sihat pastinya memilih hundred wishes kerana bila datangnya sakit, hanya satu sahaja pilihan yang ada iaitu terlantar sakit. Bile sakit apapun tak mampu untuk dirasai dan dilakukan.

For reservations:
☎0176325250
��0176325250

#jemarirefreshmobilespa
#jamukunyitwarisannenda
#nawalherbalbeautyputrajaya
#setbersalin
#tungkubesi
#sarungtungkuherba
#bengkungibu
#mandianherbaazzahra
#intensivetoninglotion
#repairingbeautylotion
#collagensoap
#bedakpanassyifa
#patiminyakserai
#femininewashmanjakani

Saturday 23 April 2016

Urutan kaki

Morning you alls,

Rest for a while and as usual nak bersiap-siap untuk slot hari ni. Slot awal pagi ni urutan kaki. Aha macam best je. Urut kaki sahaja pun ada service ke rumah anda.

Kan saya dah kata sebelum ni yang hampir 90% service yang disediakan di spa juga saya sediakan ke rumah anda. Spa delivered to your door itulah trademark saya.

Dan paling best ON THE WAY TO YOUR DOOR adalah NORMAL FACIAL, KOMEDO FACIAL & SINUS TREATMENT.

So, nak spa tanpa perlu ke spa tak?

For reservations:
☎0176325250
��0176325250

#jemarirefreshmobilespa
#jamukunyitwarisannenda
#nawalherbalbeautyputrajaya
#setbersalin
#tungkubesi
#sarungtungkuherba
#bengkungibu
#mandianherbaazzahra
#intensivetoninglotion
#repairingbeautylotion
#collagensoap
#bedakpanassyifa
#patiminyakserai
#femininewashmanjakani

Friday 22 April 2016

Urutan aura diri

Alhamdulillah settle sudah slot urutan tradisional melayu bersama Cik Shurianie yang bakal melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi iaitu minggu hadapan. So, untuk rawatan beliau agak special iaitu terapi urutan aura diri even dalam list rawatan saya tiada pun saya provide rawatan urutan aura diri.

Depends on problems setiap pelanggan saya. Bukanlah nak kata saya ni bomoh dan tiada bacaan mantera cuma sekadar potongan ayat dari al-quran serta zikrullah.

Even beliau belum melahirkan anak, tapi memandangkan beliau merupakan seorang yang berkerjaya dan berhadapan dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab di tempat kerja, pastinya memberi satu tekanan buat diri beliau. Masalah tegang urat dan kebas seluruh badan adalah 2 masalah utama beliau.

As usual, saya lembutkan seluruh badan beliau melalui rawatan terapi urat saraf. Tekanan kuat mengurut terutama urat saraf dan bahagian anggota badan yang sedang sakit sehingga meninggalkan kesan lebam dan bengkak adalah tidak elok ya anda semua.

That's why as therapist kita tidak digalakkan mengurut tempat sakit sahaja sebaliknya carilah urat pendua dan urut urat pendua tersebut dan selepas itu barulah lakukan finishing bahagian yang bermasalah itu.

Lagi satu, jika kita asyik tekan dan urut tempat yang bermasalah itu sahaja serta urutan yang terlalu kuat dan sakit akan memberi kesan:

��demam sehingga berasa menggigil, mengeletar dan bisa seluruh badan.

��terdapat kesan lebam kerana tekanan yang sangat kuat ketika diurut.

��terdapat garisan merah seperti dicakar kesan dari kuku tukang urut yang tajam.

Sebagai seorang therapist mahupun tukang urut, kuku haruslah sentiasa dipotong dan dijaga rapi serta tidak dibiarkan tajam kerana kuku yang tajam boleh menyebabkan kecederaan ke atas pelanggan.

Sedikit nukilan yang dipetik dari fitrihadi.com,

"Bahayanya kesalahan? Kesalahan kecil adalah bahawa kesalahan? Kesalahan itu tidak selalu kecil. Kesalahan kecil boleh mengakibatkan kesalahan yang lebih besar. Bersamaan dengan kesalahan itu, persoalannya boleh menjadi besar pula. Maka kesalahan kecil pun harus segera dibetulkan."

Sedikit perkongsian dari saya,

Urutan adalah belaian dan bukannya kesakitan.

For reservations:
☎0176325250
��0176325250

#jemarirefreshmobilespa
#jamukunyitwarisannenda
#nawalherbalbeautyputrajaya
#setbersalin
#tungkubesi
#sarungtungkuherba
#bengkungibu
#mandianherbaazzahra
#intensivetoninglotion
#repairingbeautylotion
#collagensoap
#bedakpanassyifa
#patiminyakserai
#femininewashmanjakani

Hari Kedua Rawatan

Throwback again and this time tentang Puan Ema dari Putrajaya. Hari kedua mendapatkan rawatan urutan tradisional melayu dari saya alhamdulillah badan dah terasa ringan berbanding sebelum mendapatkan rawatan di mana first day rawatan, seluruh badan beliau kebas dan berangin. Kebas disebabkan oleh aliran darah tidak lancar serta sudah lama tidak berurut.

Sebelum mendapatkan rawatan berurut dari saya, Puan Ema actually pelanggan jamu kunyit saya. Dan beliau bagitahu dengan saya yang jamu saya elok dan serasi dengan beliau. That's why, masa set appointment untuk berurut beliau minta saya bawa sekali jamu.

Saya rasa saya tak perlu nak explain panjang lebar tentang Puan Ema 'coz before this pun saya ada share status mengenai kisah saya dan beliau. Saya just nak share mengenai perkembangan rawatan beliau dengan saya di hari kedua sahaja. Selebihnya biarlah pics art saya ini yang berbicara dengan anda semua.

Renungan di hari sabtu,

Gunakan waktu anda semaksima mungkin, maka dihari tua anda tidak akan mengatakan,

“Seandainya saya masih muda."

Maka gunakanlah usia yang ada sebaik mungkin dengan menjaga kesihatan diri luar dan dalam kerana kita tidak pasti sampai bila usia kita.

Bagaimana nak sihat?

Jamu Kunyit Warisan Nenda lah sememangnya warisan zaman berzaman dari Nenda ke Cucunda.

For reservations:
☎0176325250
��0176325250

#jemarirefreshmobilespa
#jamukunyitwarisannenda
#nawalherbalbeautyputrajaya
#setbersalin
#tungkubesi
#sarungtungkuherba
#bengkungibu
#mandianherbaazzahra
#intensivetoninglotion
#repairingbeautylotion
#collagensoap
#bedakpanassyifa
#patiminyakserai
#femininewashmanjakani

Wednesday 20 April 2016

3 x pakej urutan tradisional melayu

Throwback kes semalam iaitu slot pakej 3 hari urutan tradisional melayu bersama Puan Ema dari Putrajaya. Alhamdulillah komen beliau,

"Thank you Nurul. Best sangat urut �� ��,"

Bukan setakat masalah kebas urat, malahan juga beliau juga mempunyai masalah aliran darah yang tidak lancar. First diurut, seluruh badan kebas dan apa yang saya lakukan adalah terapi urat saraf di mana saya melembutkan urat yang tegang.

Ini kerana saya difahamkan oleh Puan Ema yang beliau sudah agak lama tidak berurut iaitu selepas melahirkan anak kedua. Berurut ketika berpantang bersalin sahaja dan selepas itu NO MORE ANYMORE. Alasan beliau adalah sukar mendapatkan khidmat tukang urut.

Actually kekerapan terbaik untuk berurut adalah sekurang-kurangnya sekali sebulan dan paling terbaik adalah sebulan 3 kali berurut dan kalau boleh dilakukan direct 3 hari. Jika tidak dapat direct 3 hari, 3 kali sebulan sudah memadai kerana:

��melembutkan urat yang tegang
��melancarkan aliran darah
��mengurangkan kebas seluruh badan
��singkirkan toksin dalam tubuh badan
��awet muda
��mengurangkan masalah angin dalam badan
��menyegarkan tubuh badan
��mengurangkan stress dan tekanan

Wanita zaman sekarang tersangat berbeza dengan zaman dahulu. Wanita zaman sekarang sering kali berhadapan dengan stress dan tekanan. Dan wanita zaman sekarang rata-rata semuanya berkerjaya dan mempunyai perusahaan perniagaan sendiri. That's why mereka harus menjaga kesihatan mereka bukan sahaja dalaman malahan juga dalaman. Dan urutan adalah rawatan alternatif yang terbaik yang boleh disarankan kepada mereka. Bukan nak promo tetapi sekadar untuk memberi cadangan.

Kebahagiaan itu datangnya dari hati yang tulus dan ikhlas dan bukannya dari hati yang terpaksa.

Tubuh yang sihat dan segar kunci kebahagiaan. Tak percaya? Mudah sahaja. Jika kita sihat, pastinya kita tidak akan rasa stress dan tertekan. Tapi kalau kita asyik sakit dan tak sihat, pastinya kita tidak akan rasa seronok dengan kehidupan kita dan orang lain yang terpaksa menjaga kita juga akan berasa stress dan tertekan. So, bagaimana nak sihat?

Makanlah Jamu Kunyit Warisan Nenda dan moh kita spa di rumah kita sendiri tanpa perlu ke spa. Saya yang datang ke tempat anda ~ spa delivered to your door!

For reservations:
☎0176325250
��0176325250

#jemarirefreshmobilespa
#jamukunyitwarisannenda
#nawalherbalbeautyputrajaya
#setbersalin
#tungkubesi
#sarungtungkuherba
#bengkungibu
#mandianherbaazzahra
#intensivetoninglotion
#repairingbeautylotion
#collagensoap
#bedakpanassyifa
#patiminyakserai
#femininewashmanjakani

Friday 15 April 2016

Rawatan ibu selepas bersalin

Salam sayang all the ladies in Facebook,

Baru settle rawatan pakej Bersalin hari pertama bersama Puan rashidah. Masalah utama beliau adalah:

✍��aliran darah tak lancar
✍��kebas seluruh badan

Sepanjang saya mengurut beliau, seluruh badan beliau sangat kebas dan apa saya lakukan adalah terapi urat saraf iaitu melembutkan urat yang tegang dan kebas seluruh badan. Makan masa juga sesi rawatan ibu dan paling best adalah saya lakukan urutan breast bagi melancarkan aliran susu serta urat tegang yang boleh memberi kesan di dalam penghasilan susu.

Memandangkan beliau ada membuat suntikan epidural, maka sewaktu sesi rawatan bertungku saya memang fokus lebih bahagian ari-ari, tepi perut, peha, pinggang dan tapak kaki. Bahagian anggota tubuh badan lain juga saya rawat, tetapi saya fokus lebih kawasan tubuh badan yang saya nyatakan itu especially bahagian pinggang dan tumit kaki.
Alhamdulillah dari sukar nak bangun dah kurang sikit sakit pinggang nak bangun after rawatan bertungku. Tungku besi memang saya bakar lebih kurang 20 minit bagi mendapatkan kepanasan yang seimbang. Saya tak mahu terlalu panas dan sejuk. Yang sedang-sedang saja. Gitew.

Esok insya Allah hari kedua continue rawatan. Puan Rashidah juga ada order Jamu Kunyit Warisan Nenda dan saya pesan kat dia amalkan Jamu saya ini after 14 days bersalin (berpantang) dan untuk permulaan try dulu 3 biji sekali sehari dibilas dengan air suam hangat. Elok Jamu ini diambil oleh ibu dalam berpantang di mana salah satu fungsinya adalah melawaskan. Mudah nak buang air besar sebab dalam tempoh berpantang ni masalah utama yang dihadapi adalah masalah membuang air besar.

That's all for this time and will be continue after this and maybe tomorrow. Insya Allah.

Masih ada slot kosong but not this week. Insya Allah next week ada tapi bertindan juga sebab isnin saya close. But don't worry, text @ call je akk via number:

Contact: 0176325250

Tuesday 12 April 2016

Tungku Besi

Sharing is caring. Kisah benar antara saya dan customer saya untuk slot rawatan ibu selepas bersalin di Putrajaya.

Lama dah tak tungku badan my customer dan pakej rawatan post-natal kali ni includes with tungku badan dengan tungku besi Nawal Herbal Beauty. Alhamdulillah 2 days rawatan bersama tungku besi Nawal, perut dah agak lembut dan kurang angin compare dengan hari pertama rawatan iaitu semalam.

Customer juga bagitahu sebelum rawatan, badan beliau terasa bisa dan berangin dan selepas rawatan urutan dan tungku badan, alhamdulillah terasa ringan badan dan aliran darah juga lancar.

Well well well tak perlu nak huraikan details akan kebaikan bertungku especially dengan Tungku Besi Nawal Herbal Nawal:

��lancarkan aliran darah
��elakkan darah beku
��buang angin
��lembutkan urat tegang
��kecutkan rahim (perut buncit)
��kemaskan rahim
��tambahkan susu badan

Lebih kurang 20 minit saya bakar tungku besi sambil mengambil mengurut customer saya. Untuk rawatan tungku badan beliau, saya fokus seluruh badan terutama bahagian tumit kaki, peha, pelipat2 dan perut serta rahim disengkak dengan tungku besi secara perlahan di mana bahagian tersebut paling banyak masalah.

Before tungku badan, saya rasa perut customer saya dah kurang keras berbanding semalam. Perut kalau keras maknanya rahim still tak kecut disebabkan batu merian tak turun-turun. Bile batu merian tak jatuh, maka akan berlaku masalah bentan dan seterusnya membawa kepada masalah MEROYAN atau juga dikenali sebagai POSTPARTUM.

Dalam rawatan bersalin, urutan sahaja tidak memadai dan mencukupi. Anda tetap dan wajib melakukan rawatan bertungku. Dan kalau nak lagi best dan terbaik, sapukan param, pilis dan tapel dan last sekali pakai bengkung bagi tujuan kemaskan rahim dan jaga postur tubuh badan anda.

Nak order tungku besi dan sarung herba untuk tungku anda? Boleh contact sahaja saya dan juga tak lengkap hanya beli tungku besi. Why not beli je 1 set Produk Bersalin dari Nawal Herbal Beauty pada harga mampu milik.

WhatsApp atau pm saya laju-laju untuk mengetahui produk dan set bersalin dari Nawal Herbal Beauty. Saya entertain anda sebaik mungkin dan saya akan pastikan anda segar bugar serta sihat sentiasa sepanjang berpantang dengan Nawal Herbal Beauty.

☎0176325250
��0176325250

#jemarirefreshmobilespa
#nawalherbalbeautyputrajaya
#rawatanpostnatal
#urutanibuselepasbersalin
#tungkubadan
#tungkubesi
#sarungtungkuherba
#mandianherbaazzahra
#intensivetoninglotion
#repairingbeautylotion
#collagensoap
#bedakpanassyifa
#patiminyakserai
#femininewashmanjakani
#collagensoap

Monday 11 April 2016

Rahim terbalik atau senget

Salam sejahtera semua. Dah nak masuk 3 hari saya tak update status rawatan saya. Busy sangat-sangat last week. Sorry bebanyak ya.

Alhamdulillah settle sudah slot hari pertama rawatan ibu selepas bersalin bersama Puan Mira dari Putrajaya dan ada 2 hari lagi slot rawatan beliau iaitu esok dan lusa. Insya Allah settle this 2 days.

As usual, saya tidak akan mengurut customer saya sambil beliau menyusukan baby beliau. Bile kita mengurut sambil customer menyusukan baby, postur badan pastinya akan disengetkan ke tepi dan bukan sahaja membuatkan si ibu kurang berasa selesa malahan saya juga sebagai therapist anda.

Saya pernah share dengan anda sebelum ini kenapa dan mengapa saya tidak menggalakkan anda untuk tidak menyusukan baby anda sambil berurut. Ini kerana apabila anda menyusukan baby anda sambil diurut, maka anda akan berhadapan dengan masalah KEDUDUKAN RAHIM SENGET ATAU TERBALIK?

Bagaimana nak tahu rahim anda SENGET ATAU TERBALIK?

��sakit apabila bersama suami
��period pain
��sakit pinggang yang kronik

Rawatan yang biasanya dilakukan adalah melalui pembedahan atau jika anda ingin melakukan rawatan alternatif perubatan tradisional iaitu urutan, pastikan anda mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan tradisional yang benar-benar arif. Jika tidak, masalah akan menjadi lebih teruk. Bukan sahaja SENGET ATAU TERBALIK, malahan boleh menjadi lebih daripada itu.

3 simptom yang saya nyatakan itu sama dan serupa dengan masalah rahim jatuh atau prolapskan? Selain urutan tradisional melayu anda juga boleh mengamalkan Jamu Kunyit Warisan Nenda yang sangat elok khasiatnya di mana salah satu darinya adalah menguatkan tisu otot vagina serta juga merapatkan.

Will be continue back and have to stop now. Untuk minggu ni nampak gaya jadual dah agak padat serupa dulu but untuk next week masih lagi available 1 week. First come first serve. Yang mana saya dah text then hanging tanpa jawapan, saya akan swapkan dengan customer yang benar-benar serious untuk mendapatkan rawatan saya. Bukan saya arrogant tapi saya mengutamakan mereka yang benar-benar memerlukan rawatan dari saya.

For reservations: 0176325250

Thursday 7 April 2016

ANEMIA

Throwback bersama Puan Suri 2 hari lepas. Komen beliau selepas mendapatkan rawatan urutan dari saya adalah:

��lega rasa badan
��rasa ringan sikit
��segar lepas mandi

Before this saya pernah share dengan anda tentang tekanan darah rendah dan hari ni saya nak share dengan anda tentang anemia atau lebih mesra dikenali dengan gelaran 'kurang darah'.

Bagaimana nak mengenalpasti pesakit anemia?

��pucat di bibir, sekeliling mulut, kuku, pelipat dan bahagian dalam kelopak mata.

��tidak bermaya, letih dan lemah badan.

��pendek nafas apabila melakukan senaman.

��pening dan pitam disebabkan oleh oksigen kurang sampai ke otak.

��angina pektoris di mana kesakitan di dada disebabkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.

��palpitasi berlaku apabila denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luar biasa.

��kurang selera makan.

��hilang berat badan.

��sukar untuk berjalan.

��mental bercelaru.

��demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes anemia hemolitik.

Selain daripada pengambilan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor, terdapat rawatan alternatif lain tanpa memerlukan anda mengambil ubat-ubatan doktor seperti:

��sayur-sayuran seperti bayam, celeri, kobis, kangkung dan kentang manis.

��buah-buahan seperti apple, anggur, tembikai, aprikot, kismis dan plum.

��daging dan seafood yang mengandungj kandungan vitamin B12 yang berfungsi di dalam peningkatan penghasilan sel darah merah di dalam tubuh badan.

��daun bawang merah yang direbus bersama sebiji telur. Makan telur dan rebusan daun bawang merah ini 2 kali sehari agar anemia segera sembuh.

��jamu kunyit warisan nenda juga elok diamalkan di mana berfungsi di dalam melancarkan aliran darah, singkirkan toksin dan angin, mencergaskan, melawaskan serta memberi tenaga.

Always and always remind myself and anda semua,

MERAWAT LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

For order: 0176325250

Tuesday 5 April 2016

KEBAS URAT

Salam sejahtera semua. Maaflah mengganggu anda terutama yang sedang berehat dan bersiap sedia untuk ke pejabat serta tak kurang juga yang menguruskan anak-anak ke sekolah.

Well saya sering berkongsi dengan anda mengenai customers saya yang berhadapan dengan masalah kebas urat @ lebih dikenali sebagai sesemut. Tapi, apa itu kebas urat? Apakah faktor menyebabkan berlakunya masalah ini? Bagaimana cara merawatnya?

Rata-rata berpandangan bahawa masalah kebas urat adalah masalah biasa dan tidak perlu dirawat. Silap besar pandangan itu kerana kesan utama kebas urat boleh menyebabkan aliran darah seluruh badan tidak lancar. Dan kadangkala kebas urat juga boleh menyebabkan bentan dan seterusnya membawa kepada meroyan.

Riwayat Al Hakim dan Baihaqi ada menyatakan bahawa,

"Manfaatkanlah 5 sebelum datangnya 5 iaitu:

��hidupmu sebelum matimu
��sihatmu sebelum sakitmu
��lapangmu sebelum sibukmu
��mudamu sebelum tuamu
��kayamu sebelum fakirmu

Kebas urat atau numbness adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:

��kekurangan nutrisi

��kekurangan vitamin B12

��gangguan yang dikenali sebagai carpal tunnel syndrome juga merupakan punca hilangnya deria rasa pada tangan dan kaki.

��aliran darah yang tidak lancar

Setiap sakit ada penawarnya. Tiada apa yang tidak boleh diselesaikan mahupun dirawati. Apabila anda mengalami masalah kebas urat atau sesemut ini, anda disarankan agar:

✍��melakukan urutan pada tangan bagi melancarkan aliran darah serta mengurangkan rasa kebas.

✍��balut tangan dengan tuala yang direndam dalam air panas.

✍��ambillah vitamin dan supplement yang boleh merawat masalah kebas urat. Jika anda berjumpa doktor, anda akan dibekalkan dengan preskripsi ubat penahan sakit untuk masalah sakit dan keradangan urat.

✍��melakukan senaman mudah untuk melegakan rasa kebas iaitu genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Lakukannya berulang kali sehingga anda terasa lega.

Selain itu, rawatan alternatif juga disarankan untuk anda lakukan bagi mengurangkan masalah kebas urat iaitu:

��relaxing body massage
��body compress (tungku badan)
��jamu kunyit warisan Nenda

This is not a marketing to promote my service and product. Tetapi apa yang saya syorkan ini adalah untuk mengurangkan masalah anda.

Rawatan 3 kali traditional body massage juga elok di dalam merawat masalah kebas urat. Seperti yang pernah saya tekankan sebelum ini,

MERAWAT LEBIH BAIK DARI MENGUBATI!!!

Itulah trademark saya yang wajib anda ingati sampai bila-bila pun. Bukan anda sahaja malahan saya juga sentiasa mengingatkan diri saya.

For reservations: 0176325250

Saturday 2 April 2016

JEMARI POST-NATAL ADOUR PACKAGE

Salam sejahtera buat Mommies To Be. Jemari ReFresh Mobile Spa for Post-Natal Package coming back. Setelah disusun atur dan ditambah baik bukan sahaja untuk keselesaan anda malahan juga untuk diri saya sendiri sebagai therapist yang akan merawat anda.

Anda selesa saya juga selesa.
==========================
Jemari Refresh Mobile Spa ~ Delivered Directly To Your Door

JEMARI POST-NATAL ARDOUR PACKAGE
==========================
A) JEMARI MENER PACKAGE

RM210.00 NETT 3 DAYS
==========================
Package includes:

��urutan ibu selepas bersalin
��tungku badan

B) JEMARI MUSTIKA PACKAGE

RM310.00 NETT 3 DAYS
==========================
Package includes:

��urutan ibu selepas bersalin
��tungku badan
��pakai param, pilis & tapel
��berbengkung

C) JEMARI MARTHA PACKAGE

RM410.00 NETT 3 DAYS
==========================
Package includes:

��lulur badan
��urutan ibu selepas bersalin
��tungku badan
��pakai param, pilis & tapel
��berbengkung
==========================
Terma Tempahan & Bayaran Pakej Rawatan:

��tiada bayaran deposit dikenakan.

��tempahan harus dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh rawatan bagi mengelakkan pertindihan & pertembungan dengan rawatan lain.

��bayaran 50% dikenakan pada hari pertama rawatan dan baki bayaran adalah pada hari terakhir rawatan.

��bagi pelanggan luar kawasan Putrajaya, caj tambahan kos pengangkutan dikenakan sebanyak rm10 hingga rm50 sehari.
==========================
For reservations: 0176325250

Friday 1 April 2016

April Adour Signature Package Promotion

Jemari Refresh Mobile Spa ~spa delivered directly to your door

April Adour Signature Promotion
(Valid from 16th until 30th April 2016)

RM115.00 NETT 3 HOURS, NP: RM195.00
======================
Package includes:

��body healing scrub
��body healing masker
��relaxing body massage

Free transportation charge for area putrajaya, seri kembangan & puncak jalil, selangor.
======================
For reservations: 0176325250