Tuesday 27 October 2015

REPAIRING BEAUTY LOTION

#sakitnyatuhdisini

Minggu ini saya rest sahaja memandangkan kesihatan tidak mengizinkan. Sambil melayan MEMORI CINTA SURAYA, apply Repairing Beauty Lotion ke seluruh badan.

Lotion ini sangat bagus memandangkan kulit saya ni kering dan apa yang menarik tentang lotion ini di mana penggunaannya tidak perlu banyak sikit sahaja sudah merata ke seluruh badan saya. SUPERB SAVING!!!

Paling best saya suka apply kat tapak kaki memandangkan kulit kaki saya kering. Lotion ni tahan lama kelembapannya dan tidak perlu apply banyak-banyak sebab nak bagi moiturise.

Selain itu juga, saya apply kat siku  dan lutut sebab bahagian tersebut juga mudah kering. Kalau dulu kena apply AQUA CREAM tapi tidak lagi sejak saya mengenali & jatuh cinta dengan REPAIRING BEAUTY LOTION.

Lotion ni tak best jika tidak digunakan bersama dengan COLLAGEN SOAP. Dengan gabungan sabun & lotion pastinya beri kesan yang lebih baik. Tak percaya????

Mohlah cuba & whatsapp saya di talian 0176325250. Saya tak nak bagitau harga terus sebab saya tak nak nampak macam SALESGIRL 100%. Saya lebih suka explain dulu then baru bagi peluang customer untuk decide nak beli atau tidak.

Chau chin chau...

#repairingbeautylotion

Saturday 24 October 2015

SCHEDULE 25.10.2015 (AHAD)

SCHEDULE 25.10.2015 (AHAD)
==========================
√ Urutan Tradisional Melayu + Normal Facial jam 11.00 pg hingga 1.30 tengahari di Jarulz Home Spa Beauty, Putrajaya. Customer Puan Syaa.

√ Pakej Aura Diri jam 8.30 mlm hingga 11.00 mlm di Jarulz Home Spa Beauty, Putrajaya. Customer Puan Lynn Ahmad.

√ Slot Available jam 3.30 ptg hingga 5.00 ptg di Jarulz Home Spa Beauty, Putrajaya.

√ Business close jam 11.00 mlm.
==============
Untuk tempahan, hubungi:
Puan Nurul
0176325250
==============
#jarulzmobilespabeautyschedule

Wednesday 21 October 2015

QUEEN SIGNATURE PROMOTION

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk promosi bulan Oktober ini iaitu:

QUEEN SIGNATURE PROMOTION

RM155.00 NETT 4 JAM
====================
(Sah bermula 19 - 31 Oktober 2015)

Rawatan termasuk:

√ Air Jamu Manjakani (Home Made)
√ Tangas Basah
√ Krem Lulur Mustika Ratu @ Normal Facial
√ Mandian Herba
√ Urutan Relaxing
====================
Untuk tempahan, hubungi:
Puan Nurul
0176325250 (whatsapp/sms/call)
====================
#queensignaturepromotion

First come first serve dan rawatan adalah di HOME SPA saya atau kepada yang tiada kelapangan untuk ke HOME SPA saya, perkhidmatan secara MOBILE SPA juga ditawarkan. Caj kos pengangkutan dikenakan di antara RM20 - RM50 bagi luar kawasan Putrajaya.

Friday 16 October 2015

LAST DAY PROGRAMME

Hari ini last day Mesyuarat Penyediaan Pelan Strategik KWP 2016 - 2020 Kali Ke-2 di The Royale Bintang, Resort & Spa, Seremban, Negeri Sembilan. Lega rasanya bilamana program berjalan lancar. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberkati perjalanan program ini.

Pagi ini sahaja dah 2 orang customers whatsapp tanya tentang urutan. Begitu juga tentang Queen Signature Promotion untuk bulan ini. Syukur ke hadrat Ilahi. Memang nak kena work out ni coz nak settlekan deposit rumah 2%. Aset yang tak terhingga tu. Penat lelah selama ini kena ada pulangannya .Baru nampak hasilnya. Takkan nak stay kuarters sampai ke pencen???

Insya Allah sampai ke Putrajaya petang ini jam 3.00 petang jika tiada aral melintang dan terus shoot pergi mengurut customer. Kasihan pula bila orang mohon pertolongan kita haruslah dibantu mana yang mampu. But, before that kena solat dulu agar perjalanan hidup semakin diberkatiNya. Sekarang ini jika Allah swt nak tarik nyawa kita anytime sahaja boleh that's why kena sentiasa bersedia kerna mati itu pasti barzakh itu wujud akhirat itu kekal. Yang hanya sementara adalah dunia dan nyawa yang merupakan pinjaman untuk kita.

Wallahu hu a'llam.....

QUEEN SIGNATURE PROMOTION

QUEEN SIGNATURE PROMOTION

RM155.00 NETT 4 JAM (Sah bermula 19 - 31 Oktober 2015)

Rawatan termasuk:

√ Air Jamu Manjakani (Home Made)
√ Tangas Basah
√ Krem Lulur Mustika Ratu @ Normal Facial
√ Mandian Herba
√ Urutan Relaxing

Untuk tempahan, hubungi, Puan Nurul 0176325250 (whatsapp/sms/call)

Caj tambahan kos pengangkutan RM20 - RM50 akan dikenakan bagi luar kawasan Putrajaya.

#queensignaturepromotion

Thursday 15 October 2015

MESYUARAT PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK KWP 2016 - 2020

Alhamdulillah selamat sudah sampai di destinasi yang dituju. Program selama 3 hari di The Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, Negeri Sembilan moga berjalan lancar dan diredhai hendaknya. Sebagai hamba Allah yang diamanahkan untuk melaksanakan tugasan selaku Urus Setia, akan aku pegang sehingga akhir program agar tiada masalah yang timbul walau hakikatnya hanya Allah swt yang mengerti perasaan aku tika ini. Apapun, aku bersyukur di atas segala rezeki yang dikurniakan olehNya dan tidak akan sesekali mengeluh mahupun memberontak.

Selama 3 hari ini, business mobile spa aku akan tutup dan mula beroperasi semula pada 18 Oktober 2015 (Ahad) jam 9.30 pagi hingga 10.00 malam. Biasanya aku tutup jam 8.30 malam setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum tapi memandangkan aku sudah tutup business selama 3 hari ini, maka aku overtime ahad tu. Ramai dah dok whatsapp tanya tentang temujanji untuk sabtu ini tetapi memandangkan aku ada tugasan lain maka aku terpaksa KIV ke hari ahad iaitu 18 Oktober 2015.

Untuk hari Ahad ini, sudah ada 2 temujanji iaitu Pakej (Post-Natal) dan Urutan Tradisional Melayu. Untuk Urutan Tradisional Melayu ini tidak pasti lagi samada jadi atau tidak tetapi nampak gaya macam jadi sebab customer memang menantikan masa kelapangan aku. Aku terpaksa kerja keras menguruskan business aku memandangkan aku ada banyak komitmen yang hendak diselesaikan. Kasihan papa jika semua urusan kewangan hendak diletakkan di bahu dia. Bersyukur aku dengan nikmat dan rezeki sederhana kami berdua. Aku tidak mahu membebankan dia sama sekali. Business aku pun alhamdulillah hari demi hari semakin meningkat berkat dari usaha dan iltizam aku selama ini. Diam tak diam dah masuk tahun ke-7 aku menjalankan Jarulz Mobile Spa Beauty ini. Syukur sangat-sangat sebab semakin hari aku semakin matang di dalam menguruskannya. Syukur Ya Allah tapi setiap titik laluan business aku lalui penuh dengan dugaan dan duri ranjau yang wajib aku tempuhi.

Kadangkala, aku terfikir kenapalah abang kandung aku yang sorang tu sukar sangat nak terima aku sebagai adiknya yang merupakan darah dagingnya sendiri dengan hati yang ikhlas. Aku tak faham kenapa dari kecil sampai sekarang dia sangat memusuhi aku dan membenci aku malah sanggup memburuk-burukkan diri aku di hadapan keluarga arwah ibu. Segala kemahuan dia aku turuti tapi kemahuan aku yang satu tu payah sangat dia nak turuti. Hina sangatkah aku ini? Jika aku sangat menghormati isteri dia, mengapa tidak dia menghormati suami aku yang merupakan adik ipar dia sendiri.

Be positive even dia tak anggap aku sebagai darah daging dia at least keluarga aku yang lain menerima aku seadanya dan juga teman-temanku yang lain. Syukur ke hadrat Ilahi kerna aku masih punya teman yang lain yang bisa menerima diriku seadanya samada baik mahupun yang buruk. Namun, kadangkala hati ini memberontak dan menangis bermain teka-teki sendiri di atas persoalan yang aku bina. Dan yang paling utama aku sudah punyai seorang suami yang sangat menyayangi diri aku dan menerima diri aku seadanya. Itulah rezeki yang tidak ternilai yang Allah swt kurniakan kepada aku.

Macam tak sesuai personal story aku luahkan di sini. Tapi, hanya inilah channel terbaik untuk aku meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hati ini. Almaklum sahajalah 3 hari ini aku tersangat free maka banyak idea yang terlintas di dalam kotak fikiran aku sebab dah lama aku nak luahkan semua ni. Cuma tak tahu bagaimana nak meluahkannya.

Kadangkala apa yang aku lalui membuatkan aku lebih matang menempuhi setiap hari yang mendatang walau kadangkala aku tewas dan kalah. Kadangkala aku alpa dan setiap kali aku alpa aku akan mula menangis dan juga kadangkala membuatkan aku rasa takut dan gementar sangat. Bila aku mula menceburi business ini, aku mulai berani dan gagahkan diri berhadapan dengan konflik diri dan perasaan yang melanda hidupku.

Sepuluh jari ku susun mohon maaf kepada teman-teman yang membaca blog aku ini jika merasakan macam tak sesuai sahaja aku luahkan perasaan aku dalam blog business ini. Kadangkala kita harus meluahkan apa yang terpendam di dalam hati ini agar tidak makan dalam.

Bila aku dah luahkan semua ni, baru rasa lega sangat-sangat dan sekarang aku nak gerak balik ke bilik untuk bersiap bagi program malam ini pula. Insya Allah di kelapangan masa aku akan update story terbaru pula.

Bubai.

Tuesday 6 October 2015

KERJA ... KERJA .... KERJA



Sambil menantikan tugasan yang akan diserahkan sebentar lagi, update jam blog & juga sementelaah menanti jam 6.00 petang ini untuk Slot Urutan Tradisional Melayu @ Presint 15, Putrajaya. Di luar pula hujan agak lebat mungkin jammed juga jalan menuju ke rumah customer. Then, malam ni pula ada sorang lagi customer untuk Slot Urutan Tradisional Melayu @ Presint 15, Putrajaya. Kedua-duanya baru sahaja lepas keguguran. 

Kalau nak fikirkan tentang kerja sampai bile pun takkan settle. So, buatlah setakat yang mampu & jangan dipaksa diri itu kelak sakit badan coz tubuh badan kita ni sure nak guna lamakan bukan sehari dua. Memanglah nyawa itu ketentuan Ilahi so selagi diberi peluang untuk hidup jagalah ia sebaik mungkin. Macam daku kalau dah tak larat daku akan rest secukup-cukupnya & buat aktivitk riadah contoh jalan-jalan, tengok wayang, masak memasak & lakukan aktiviti yang sangat sihat contohnya pergi ke gym & joging atau lepak je di rumah serta kemas rumah. 

Rasa macam dah takda tugasan hendak diserahkan so bagus daku berkemas & bersiap-siap ke rumah customer untuk slot petang ni. Insya Allah esok continue story terbaru pula ya. Kasihan customer sudahlah baru sahaja selepas keguguran so sokongan moral juga diperlukan selain daripada urutan badan. Sebagai seorang terapi daku juga seharusnya menjaga kesihatan luar & dalam agar saya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan daku.  

 

BEDAK PANAS SYIFA

PRODUK NAWAL HERBAL BEAUTY 

KEGUNAAN:
 
Berfungsi untuk 3 dalam 1; lulur, pilis dan param. Berkesan untuk menghaluskan kulit, menghangatkan badan dan mengelakkan serangan angin semasa dalam tempoh berpantang. Ia juga mampu mengurangkan kegatalan pada kulit.

 
KANDUNGAN:

Ketumbar , Kunyit, Adas Pedas, Halia Bara, Jerangau, Serai Wangi, temulawak , tahi angin , kedaung dan lain-lain.

 
CARA GUNA:
 
Param: Ambil 2 sudu Bedak Panas Syifa dan campurkan dengan sedikit air kosong dan 2 titis Pati Minyak Serai Wangi. Lumurkan campuran tersebut ke perut dan peha anda. Setelah itu bolehlah memakai Bengkung Ibu.


Pilis: Ambil satu sudu sahaja dan campurkan dengan sedikit air kosong dan Pati Minyak Serai Wangi, kemudian sapukannya ke dahi.

Lulur: Amalkan setiap hari semasa anda mandi. Sapukan sedikit sahaja ke tempat kulit yang kasar, di perut dan di celah peha. Penggunaan setiap hari mampu menjadikan kulit anda lebih halus dan lembut.

KANDUNGAN: 100 gm – boleh digunakan untuk 40 hari berpantang jika hanya diguna untuk param dan pilis.

Harga:
RM29.90 sm RM33.00 ss