Tuesday 31 May 2016

Penangan urutan & bertungku badan

Penangan urutan & bertungku badan
--------------------------------
Berketul-ketul darah keluar selepas ditungku. Barulah terasa lega sebab selepas bersalin,  normally akan ada ketulan darah yang harus dikeluarkan dan juga batu merian. That's why after diurut haruslah ditungku. Then, tapel akan disapu di bahagian perut manakala seluruh badan disapu param dan last sekali dahi akan disapu pilis. But, the most important are urutan dan bertungku. Selain menggunakan batu sungai, tungku besi juga boleh digunakan untuk bertungku dan bahagian hujungnya digunakan untuk menolak bahagian bawah perut agar darah nifas mengalir lancar serta mempercepatkan proses pengecutan rahim.

Batu sungai atau tungku besi yang dipanaskan akan dibalut dengan daun mengkudu atau daun sireh. Jika tiada kedua-duanya atau salah satu darinya, boleh digantikan dengan daun kunyit atau daun pandan. Fungsi daun ini adalah bagi menaikkan bau aroma serta batu sungai dan tungku besi tidak terlalu panas membahang.

Proses pembakaran adalah selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu, jangan terus-terus nak tungku. Tutup api dan biarkan suam sedikit lebih kurang 1 atau 2 minit. Bukan apa nanti terbakar pula kain sarungnya. Agak-agak dah tak terlalu panas lagi then barulah dibungkus dengan kain yang mana batu sungai mahupun tungku besi tersebut sudah dibalut dengan daun.

Paling utama ditungku adalah:

��ari-ari (rahim)
��bawah perut
��tepi perut kiri & kanan
��celah ketiak
��sekeliling breast
��peha hadapan & belakang
��betis hadapan & belakang
��tapak kaki
��pinggang & punggung

Then, barulah tungku ke seluruh tubuh badan. Badan akan terasa segar bugar ditambah pula sebelum bertungku seluruh tubuh badan diurut terlebih dahulu.

Nak bertangas awal-awal berpantang memang tak digalakkan and that's why disarankan ibu-ibu berpantang at least 3 hari berurut, bertungku, pakai param, pilis dan tapel serta berbengkung sepanjang tempoh berpantang. Ini bagi menguatkan otot tubuh badan terutama tisu otot vagina dan mengecutkan rahim (perut buncit).

Stay quietly at home dan saya akan datang ke tempat anda untuk merawat anda berpantang. Jaga pemakanan dan kosongkan minda sepanjang berpantang. Tak perlu nak fikir apa-apa sebab tekanan boleh membuatkan anda kemurungan atau dalam kata lain meroyan.
--------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurulzhomespa
#urutantradisionalmelayu
#urutanibumengandung
#urutanibuselepasbersalin
#urutanpenutuppantang
#urutanibuselepaskeguguran
#relaxingfacialcleansing
#lulurbadan
#maskerbadan
#tangasherba
#tungkubadan
#terapidetokskaki
#jamukunyitwarisannenda

Saturday 28 May 2016

Ku Cari Damai Di Hati

Ku Cari Damai Di Hati
-------------------------------
Pusing kepala setiap kali memikirkan kekurangan diri ini. Di mana silapnya pun masih belum bertemu jawapannya. Semua keperluan dan kehendaknya sudah ditunaikan walaupun kadangkala diri ini tak larat. Tapi kenapa dan mengapa lately ni dia kelihatan dingin? Positive thinking dia mungkin stress dan penat dengan tugasan di pejabat. Pergh!!! Ayat tak boleh blah. Aha jangan marah na.

Berurut sudah. Makan jamu pun sudah. Tapi, still ada kekurangan kat Kak V kita tu. Bukan setakat tak grib, malahan berbau yang sehinggakan bau itu sungguh meloyakan dan berwarna kehijauan. Maknanya dah infected lah kakak kita tu. Adus!!! What should I do? Jumpa doktor diberi antibiotic pun tetap sama. Tak jalan mana pun masalah bau dan hijau yang meloyakan ni.

Mujur ada seorang sahabat ni advice saya untuk jalani rawatan,

BERTANGAS atau WAP HERBA sangat elok dimana:

��Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jahitan.

��Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat.

��Mengecut rahim serta otot-otot yang kembang.

��Mengelakkan proplase ( keluar tombong ).

��Melancarkan proses haid wanita

��Mengurangkan keputihan dan alahan vagina.

��Merawat bau dan lendir busuk yang keluar daripada saluran vagina.

��Mengeluarkan toksin dalam tubuh.

��Melancarkan pengaliran darah.

��Mengatasi masalah kelesuan.

��Membantu mengurangkan masalah berat badan.

Jangan tangas sahaja sebaliknya lakukan senaman kemutan sebelum proses bertangas dilakukan. Ini adalah bagi menguatkan otot tubuh badan serta tisu otot vagina (grib). Sebelum dan selepas bertangas juga disarankan untuk meminum segelas air atau lebih kerana bertangas juga menghidrat air di dalam tubuh badan terutama mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah.

Takkan kering Kak V tu jika kita makan jamu jika cara pemakanannya betul terutama yang ada kunyit. Kalau makan kunyit sahaja memang boleh mengeringkan si kakak tu. Tapi, kalau jamu tu dibuat secara homemade dan ramuannya adalah berasaskan 100% rempah ratus dan bahan alami seperti kunyit, manjakani, kulit kayu manis, habatussauda, cengkih dan bunga lawang seperti Jamu Kunyit Warisan Nenda pastinya bukan sahaja tidak mengeringkan malahan:

��melawaskan
��mencergaskan
��buang angin
��merawat masalah keputihan
��membersihkan luka dalaman & lendiran kotoran dalam tubuh badan
��merawat masalah pendarahan
��mengetatkan
��menguatkan tisu otot vagina
��merawat masalah migraine & sakit kepala

Lain orang lain kesannya. 50% feedback dari wanita berusia 35 tahun dan ke atas sharing dengan saya kesan mereka mengamalkan Jamu Kunyit Warisan Nenda adalah hubungan intim mereka sangat bagus dan Encik Suami katanya bertanya, Makan Apa? Tidak perlu explain details ya.

That's why rawatan terbaik untuk vagina berbau adalah:

��BERTANGAS
��JAMU KUNYIT WARISAN NENDA

Yang baik itu dariNya dan yang kurang baik juga dariNya. Tak salah kita merawat dari mengubati. Bukan untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja, malahan yang belum berkahwin tetapi mempunyai masalah seperti yang saya share ini juga boleh melakukan rawatan yang saya kongsi bersama anda ini. Tak mengapa jika bukan dengan saya sekalipun, anda boleh mendapatkan khidmat rawatan tersebut daripada mana-mana therapist.
-------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurulzhomespa
#urutantradisionalmelayu
#urutanibumengandung
#urutanibuselepasbersalin
#urutanpenutuppantang
#urutanibuselepaskeguguran
#relaxingfacialcleansing
#lulurbadan
#maskerbadan
#tangasherba
#tungkubadan
#terapidetokskaki
#jamukunyitwarisannenda

Wednesday 25 May 2016

Si kecil pun nak dibelai

Si kecil pun nak dibelai
-----------------------------
Jangan ingat anda sahaja yang dewasa perlukan urutan. Si kecil anda pun ingin diurut cuma cara penyampaiannya sukar untuk difahami. Bahasa isyaratnya hanyalah tangisan. Terutama sebelah malam dia menangis dan merengek serta mogok tak moh tidur disebabkan berasa kurang selesa dengan badan yang kurang sihat.

Dan juga jangan ingat si kecil anda tiada masalah urat tegang dan juga demam urat. That's why, minyak telon kena standby di rumah agar memudahkan kita untuk mengurut dia setiap kali dia demam mahupun badan kurang selesa.

Kesilapan kita adalah setiap kali si kecil sakit terutama badan dia panas, kita akan cepat-cepat bawa ke klinik. Why not after this before atau dalam perjalanan ke klinik, kita urut dahulu dia. Sepertimana orang dewasa, urutan juga baik dan elok buat si kecil bagi:

��perkembangan emosi di mana merapatkan hubungan di antara si kecil dan penjaganya dan memberi ketenangan.

��dari sudut fizikal, urutan elok untuk proses penghadaman, pertumbuhan dan koordinasi bentuk tubuh badan serta mengelakkan masalah kembung perut (colic).

��merangsang saraf otak untuk membantu penyerapan zat makanan dan penambahan berat badan lebih cepat.

��Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail menjelaskan bahawa kajian juga menunjukkan urutan bayi mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi dan memperbetulkan masalah tidur di kalangan kanak-kanak kerana urutan dapat membantu mereka tidur dengan lebih cepat dan kurang terjaga serta mampu untuk menyerlahkan perkembangan fizikal dan kesejahteraan bayi dan kanak-kanak.

��urutan juga mempertingkatkan pertumbuhan tulang 15 peratus.

��urutan bukan sahaja menggalakkan pertambahan berat dan koordinasi otot badan bayi, bahkan menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan bayi.

Walaubagaimanapun, harus diingatkan urutan bayi dan kanak-kanak agak berbeza sedikit dengan dewasa di mana teknik urutan haruslah lembut dan tidak kuat di mana tulang dan urat saraf mereka masih lembut dan dalam proses perkembangan.

Jika orang dewasa diurut sebulan sekali, why not kita spend some money untuk sama-sama berurut dengan si kecil. Pakej ibu dan anak. Menarik sangat-sangatkan??? Jangan asyik nak belai tubuh badan kita sahaja sedangkan si kecil molek kita juga memerlukannya. Bukan kehendak tetapi keperluan. Kita belai diri kita tapi bila si kecil demam, tak boleh tidur, menangis dan sebagainya, jika tak dibawa jumpa doktor kita akan bawa jumpa dengan perawat alternatif.

Betul tak? Haish dah dah dah kita tukar kepada rawatan urutan seluruh badan pula. Kita bagi dia diurut dahulu then barulah kita pula yang diurut. Atau kita diurut dahulu then dia pula diurut. Pakej urutan tradisional melayu ibu dan anak.

PM saya untuk slot rawatan dan saya datang ke tempat anda.
-----------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurulzhomespa
#urutantradisionalmelayu
#pakejurutantradisionalmelayuibudananak

Tuesday 24 May 2016

Relaxing & Rejuvenate

Relaxing And Rejuvenate
------------------------------
Habis gatal seluruh badan apabila diurut. Sebelum ni tak pula gatal. Tiba-tiba kali ni gatal pula diurut especially bahagian belakang badan dan celah-celah pelipat. Confuse tapi itulah kesan daripada toksin dalam tubuh badan serta urat yang terlalu tegang dan kebas seluruh badan. Aliran darah yang dilancarkan setelah diurut beri kesan ke atas tubuh badan yang bermasalah.

Bahagian tapak kaki pula terutamanya bahagian hadapan yang lembut, jangan semberonoh ditekan kuat terutama bagi yang gemar melakukan urutan refleksologi kaki, carilah therapist refleksologi yang benar-benar mahir dan terlatih di mana jika salah tekan urat boleh menyebabkan urat bengkak atau darah membeku.

Bahagian belakang badan diurut sebanyak 2 kali di mana masa rawatan yang diambil adalah selama 1 jam. Urutan yang pertama adalah bagi melembutkan urat yang tegang serta melancarkan aliran darah manakala urutan yang kedua adalah sebagai bilasan bagi melengkapkan dan memperkemaskan lagi urutan sebelum di sambung pula ke bahagian hadapan badan.

Sengkak rahim? Rahim ke bawah? Rahim senget? Dan pelbagai lagi isu tentang rahim ni. Hah lagi 1 rahim ke belakang. Untuk masalah rahim senget dan rahim ke belakang saya tidak syorkan untuk urutan dan better refer dengan doktor terlebih dahulu. Manakala, untuk masalah rahim ke bawah insya Allah boleh disengkak itupun bukan saya terus sengkak, tapi saya lakukan urutan perut terlebih dahulu dan kemudian baru saya sengkak. Untuk ibu selepas bersalin pula, sengkak rahim hanya dilakukan selepas hari ke-30 kerana sebelum hari ke-30, rahim masih lagi bengkak. Tidak disarankan untuk disengkak sebaliknya elok ditungku sahaja bagi mengecutkan rahim.

Saya datang ke tempat anda. Bukan sahaja urutan, lulur badan, masker badan dan pelbagai lagi rawatan disediakan untuk anda dan di tempat anda. Tak perlu nak keluar rumah and drive ke spa. Sebaliknya spa dipandu ke tempat anda.
------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurulzhomespa
#relaxingandrejuvenate
#spaatyourplace

Sunday 22 May 2016

Kak Nurul'z Mobile Spa

Kak Nurul'z Mobile Spa
------------------------------
Capek deh seharian bekerja. Hendak dibelai tubuh badan di rumah nanti diganggu oleh si kecil pula. Nak ke spa takut bertembung dengan orang lain. Mana nak cari PNC spa (home spa) yang mana ada saya dan therapist sahaja?

Di Kak Nurul'z Mobile Spa di mana konsepnya adalah Home Spa atau Spa Rumah. Hampir separuh hiasan dekorasi rumahnya adalah berkonsepkan spa dan bilik rawatan dilengkapi dengan kelengkapan katil urut, kerusi tangas, meja aromaterapi dan lampu tidur dipasang sepanjang rawatan. Pastinya anda akan terlena sepanjang rawatan. Bukan itu sahaja, teh herba dihidangkan sepanjang rawatan secara percuma. 

Why not we try right? Harga pun superb berbaloi dan servicenya? Insya Allah anda datang dengan ketegangan dan pulang dengan ketenangan. Itulah moto service saya. Bukan wang menjadi keutamaan saya tetapi kepuasan anda andalah menjadi pegangan saya.

Yang tak berkesempatan nak menjejakkan kaki ke Kak Nurul'z Mobile Spa, it's okay saya boleh datang ke tempat anda tetapi ada sedikit caj pengangkutan dikenakan.

PM saya details tentang service dan pakej yang saya sediakan untuk anda. Untuk this June sempena bulan Ramadhan, saya ada buat promosi sehingga akhir bulan Julai. Kak Nurul'z Triple Promotion bakalan menjelma. End of May ni saya akan listkan promosi tersebut. Tunggu jangan tak tunggu ya.

Belai, rapi dan rawat tubuh badan anda. Samada datang kepada saya atau saya yang datang kepada anda. Nak selesa datang jumpa saya tapi kalau tak dapat, saya datang ke tempat anda.
------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurulzmobilespa
#urutantradisionalmelayu
#lulurbadan
#maskerbadan
#tangasbasah
#mandirempah
#mandibunga
#tungkubadan
#rendamankaki
#facial
#rawatanrokokresdung
#rawatankomedo

Saturday 21 May 2016

Set Bersalin Nawal Herbal Beauty

Set Bersalin Nawal Herbal Beauty
----------------------------------
Budget lari bulan ni. Tinggal lagi beberapa minggu sahaja nak bersalin. Set bersalin tak beli-beli lagi. Manalah nak cari set bersalin yang ada tungku, sarungnya, bengkung dan juga mandian yang boleh tahan sehingga habis pantang???

Nawal Herbal Beauty? Apa tu? What? Dengar cerita set tu includes sekali apa yang dicari. Pula tu senang sangat menggunakannya. Dan yang terbaru kalau baby G6PD pun si ibu tak perlu risau memang herba yang terkandung di dalam setnya tu selamat digunakan. Tapi, bagaimana nak mendapatkannya???

Actually, saya nak habaq hangpa especially Mommies To Be tentang set bersalin dari Nawal Herbal Beauty ni. Set ni didatangkan dengan 3 Pakej iaitu di mana Pakej A RM262.00 (SM), Pakej B RM297.00 dan Pakej C RM330.00 (SM).

Kalau rasa-rasa tak nak beli set, nak beli loose pun boleh contohnya dah ada tungku, boleh beli sarung herba dan bengkung ibu. It depends on customer. Tapi pandangan saya better beli set sebab memang sangat menjimatkan especially tungku besi dan mandian herba tu. Memang tahan lama dan tungku besi tu boleh digunakan sehingga ke anak cucu kita.

Harga memang mampu milik juga dan tiada caj gst dikenakan. Yang stay Putrajaya saya cod free sahaja tak perlu nak bayar transportation charge manakala kawasan seri kembangan, puchong, Bandar kinrara, bukit jalil dan serdang saya boleh cod tapi charge RM5.00 akan dikenakan untuk transportation.
Menarik dan tertarikkan? Moh call/whatsapp saya dan saya akan consult anda. Bagitahu je berapa budget anda insya Allah the best sets and products from Nawal Herbal Beauty akan saya recommend kepada anda.

Ops before that untuk pembelian RM150.00 dan ke atas dalam 1 resit akan mendapat free gift iaitu JAMU KUNYIT WARISAN NENDA berharga RM20.00. Bestkan??? Tiada tarikh luput (expired date) untuk free gift ni.
----------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurulzmobilespa
#nawalsetbersalin
#nawalputrajaya

Friday 20 May 2016

Tumpah Darah

Tumpah Darah
-----------------------------------
50-50 kata doktor. Habis hitam-hitam bahagian tangan sebab darah dimasukkan ke dalam tubuh badan. Mamai kepala ni masa di wad dan dengar tak dengar saja orang di sekeliling berborak. Masa tu hanya Allah swt yang mengerti perasaan ini. Segalanya diserahkan kepadaNya.

Alhamdulillah syukur dan biarlah apa nak berlaku asalkan si kecil iaitu aset akhiratku selamat dan tiada cacat cela serta kekurangan. Tentang sakit diri ini, tak kisah asal jangan aset akhiratku itu yang sakit. 6 tahun penantian dan bukan 1 jangka masa yang singkat. Demi dia, nyawa sanggup dipertaruhkan.

Ini bukan cerita novel dan kemudian diadaptasikan menjadi slot akasia. Ini adalah cerita benar lagi sahih dari salah seorang pelanggan rawatan bersalin saya. Subhanallah kuat sungguh semangat beliau dan semangat seorang wanita bergelar ibu.

Banyak dugaan beliau dan bukan sekadar tumpah darah. Malahan, beliau berhadapan dengan masalah buasir dan paling kasihan doktor terjahit sekali daging buasir dia. So, apalagi??? Nak dekat 2 minggu makan berdiri dan masa diurut, terpaksa mengiring sebab sakit bahagian yang dijahit.

Nak masuk hari ke-33 pun still terasa sakit seluruh badan dan hampir nak kena bentan urat. Ikutkan tak boleh diurut ni, tapi saya urut dia slow dan insya Allah jika ada rezeki dia, saya akan:

��2 jam urutan ibu bersalin.

��30 minit tungku seluruh badan terutama bahagian peha, ari-ari dan tumit kaki dilebihkan.

��pakaikan param seluruh badan, tapel di bahagian perut before berbengkung dan pilis disapukan di dahi bagi kurangkan masalah angin dan sakit kepala.

��berbengkung last sekali bagi tujuan menyokong tulang belakang, menguatkan dan memperkemaskan rahim.

Actually kalau dah bentan, do not panic. Kalau panic akan jadi stress dan membawa kepada depression @ post partum (meroyan). Apa yang harus dilakukan adalah:

��sapu minyak @ losyen panas ke seluruh tubuh badan.

��then tuam @ tungku seluruh badan dengan batu sungai @ tungku besi.

Urutan seluruh badan memang elok tapi di kala urat seluruh badan sedang tegang, make sure jangan ditekan kuat sehingga menyebabkan sakit. Urutan adalah terapi dan bila mentioned terapi, maksudnya orang yang diurut berasa lega dan selesa.

Sebaik-baik urutan adalah dilakukan 3 hari berturut-turut. Dan jika tidak terdaya, sebulan sekali pun sudah memadai. Tetapi, untuk ibu bersalin, seeloknya dilakukan 3 hari berturut-turut dan urutan selepas bersalin juga boleh menambahkan produktiviti penghasilan susu badan selain daripada meregangkan urat tegang selepas bersalin.

Ibu bersalin tak elok keluar rumah sepanjang tempoh berpantang. Biar therapist yang datang ke rumah anda. Anda yang tengah berpantang tu dok diam-diam saja di rumah. Set bersalin simpan elok-elok sebab saya guna barang-barang saya. PM saya untuk details package yang saya sediakan atau bagitahu saya budget anda dan saya akan consult anda package yang bersesuaian dengan budget anda.
-----------------------------------
For reservations: +60176325250

#kaknurulzmobilespa
#pakejpostnatal
#tumpahdarah

Wednesday 18 May 2016

Induce dan tak boleh bergerak 1 minggu

Induce dan tak boleh bergerak 1 minggu
----------------------------------
Ikut kiraan doktor dah cukup bulan dah baby tapi masalahnya baby tak nak keluar. Nak tak nak kena induce. Sakit bahagian ari-ari dan celah peha dan susah nak bangun. Segalanya diuruskan oleh si suami sehinggakan nak bangun pun kena papah.

Induce maksudnya baby dipaksa untuk keluar. Kalau epidural pula ubat bius yang dicucuk di tulang belakang bagi mengurangkan sakit ketika hendak melahirkan baby. Normally epidural ni diambil oleh para ibu yang bersalin secara czerian dan tak kurang juga yang bersalin biasa pun ada yang ambil suntikan epidural.

Bukan itu sahaja, kesan daripada induce tersebut ke atas tubuh badan adalah:

��kebas seluruh badan disebabkan aliran darah tak lancar.

��urat seluruh badan tegang.

��sakit di bahagian sendi anggota tubuh badan especially bahagian pinggang dan peha.

��kesukaran untuk bergerak.

Banyak lagi kesannya tapi 4 yang saya nyatakan itu adalah kesan utamanya. Untuk rawatan ini, apa yang terbaik untuk dilakukan adalah:

��urutan ibu bersalin

��tungku badan

��pakai param untuk menghangatkan tubuh badan yang dah bisa dan kebas serta meregangkan urat seluruh badan yang tegang.

��pakai pilis bagi mengeluarkan angin dan toksin seluruh badan.

Dan tapel serta berbengkung sebelum tidur dan posisi tidur adalah duduk bagi menyokong tulang belakang dan menguatkan anggota tubuh badan kesan daripada induce.

Mengapa terasa sakit, kebas dan sukar nak bangun selepas induce?

Jawapannya adalah kerana ubat bius yang dimasukkan ke dalam tubuh badan sudah mula meresap ke seluruh tubuh badan dan kesan ubat tersebut dapat dirasakan sewaktu proses pembuangan air kecil. Berbau ubat itulah kata-kata mereka yang berhadapan dengan situasi ini.

Harus diingatkan untuk urutan make sure dilembutkan dahulu uratnya dan kemudian dibilas kali kedua agar si ibu yang diururt berasa selesa dengan badannya yang sedang sakit dan tidak selesa. Jangan terus-terus nak tekan kuat nanti bentan pula dan bila dah bentan jadi pula meroyan.

Bertungku pula memang sangat digalakkan terutama bahagian sendi yang sakit seperti pinggang, peha, tumit kaki dan ari-ari. Lakukannya setiap hari terutama 7 hari badan dah mula kebas dan sakit. Lagi elok sebelum proses urutan, mandi herba terlebih dahulu tapi bahagian kepala dan rambut jangan pula terkena air mandian herba sebab boleh menyebabkan kepala pening dan rambut gugur.

Tiada masalah untuk berurut jika kena induce sebagaimana doktor advise jangan berurut dahulu sebab badan masih sakit-sakit dan bisa. Elok berurut untuk ibu bersalin secara normal selepas hari kelima manakala bagi yang bersalin secara czerian (pembedahan), disarankan agar berurut selepas hari ke-10 atau ke-14. Tapi, rata-rata yang bersalin secara normal dan czerian after hari ke-3 dah start berurut sebab tak selesa badan rasa kebas dan sakit especially yang ada masalah susu tak keluar.

Tiada sakit yang tiada ubatnya. Ubat saya adalah terapi diri. Hanya sediakan diri sahaja dan saya rawat dan rapi anda. Segala bahan-bahan rawatan dibawa oleh saya.

Sediakan bengkung saya pakaikan untuk anda. Bengkung terbaik bengkung jawa atau bengkung tali. Bengkung untuk kemaskan rahim dan jaga tulang belakang. Ramai yang komen payah masa nak buang air. Tapi yang payah itulah yang terbaik. Ingatlah anda payah hari ini sahaja kerana kesannya bukan sekarang. Tetapi, selepas usia 40 dan ke atas.
----------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurul'zmobilespa
#urutanibubersalin
#tungkubadan
#parampilistapel
#berbengkung
#induce

Tuesday 17 May 2016

Aromaterapi dan emosi

Aromaterapi dan emosi
------------------------------
"Sedapnya bau bilik. Wah, rasa macam di spa walhal di rumah sendiri,"

No more spa anymore. Spa di rumah sendiri pun dah cukup sedap. Tak perlu nak tempuh jammed dan bergaduh-gaduh manja dengan encik somi minta dijaga anak sebab nak berurut di spa. Bukan sahaja berurut, lulur badan, masker badan, bertungku badan dan nak bertangas pun boleh dilakukan di rumah sendiri.

Nak kata harga mahal jika dibandingkan dengan spa, tak lah juga. Tapi memadailah jika dikenakan transportation charge pun jika bila dikira-kira sama je kan, dengan minyak kereta serta tol yang dikenakan ke atas kita.

Paling menarik dan the most the bom is, sekali dengan pakej aromaterapi yang dibakar bagi membangkitkan dan menghidupkan mood di spa agar emosi kita menjadi seimbang. Tambahan pula, dengan minyak serai dan minyak bunga matahari yang digunakan di dalam rawatan urutan tradisional melayu serta minyak kayu cendana bagi urutan relaxing, sudah cukup sudah pastinya tubuh badan akan menjadi segar bugar serta bebas dari semua masalah dan tekanan.

Cakap bukan sebarang cakap. Cakap bukan sekadar hiburan mahupun mitos zaman dahulu kala. Teknik urutan bilasan selama 1 jam bahagian belakang dari kepala ke hujung jari kaki dimana untuk ke seluruhan bahagian belakang badan, setiap pelanggan akan diurut 2 kali di mana urutan pertama adalah terapi urutan melembutkan urat saraf dan kemudian diurut sekali lagi bagi memastikan keseluruhan anggota badan sudah diregangkan dan dilembutkan urat sarafnya.

Ditambah pula dengan bau aromaterapi yang dibakar sepanjang rawatan sudah pasti cukup membuatkan pelanggan berasa sangat tenang dan seolah-olah berada di spa cuma teh herba sahaja tidak dihidangkan. Sebaliknya therapist yang dihidangkan minuman pula. Hehehhe, gurau sahaja ya.

Teknik guasa juga diterapkan di dalam rawatan urutan saya di mana bahagian kepala saya akan guasa bagi tujuan:

��melancarkan aliran darah di kepala dan keseluruhan anggota tubuh badan.

��mengurangkan rasa sakit kepala dan migraine.

��mengeluarkan angin.

Ada yang bertanya dengan saya kekerapan rawatan urutan yang harus dilakukan pada setiap bulan? Sekali? 2 Kali? 3 Kali atau berkali-kali?

Jawapannya bergantung kepada diri anda sendiri di mana ada yang perlu repeat direct 3 hari berturut-turut dan ada juga yang sebulan sekali sudah memadai kerana jika selalu berurut orang tua-tua kata gian. Tapi, kebiasaannya saya akan bagitahu kepada anda jika anda perlu repeat treatment atau tidak.

Even saya seorang therapist, tubuh badan saya juga perlu diurut. Ini kerana, segala angin dan toksin setiap pelanggan saya ada yang berpindah masuk ke dalam tubuh badan saya. That's why saya amalkan:

��jamu kunyit warisan nenda
��tangas basah alami

Duit boleh dicari. Tapi, sekali kita sakit, duit yang banyak tak mampu untuk mengembalikan semula diri kita yang pertama iaitu sebelum kita sakit.

Oleh itu, give your body rewards. Pampered and treat it nice. Duit bukan segalanya di kala anda ditimpa kesakitan.
------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#aromaterapidanemosi
#urutantradisionalmelayu
#urutanrelaxing
#tangasbasahalami
#jamukunyitwarisannenda

Monday 16 May 2016

Limau purut

Limau purut
------------------------------
Sesak rongga hidung dengan bau yang teramat menyengat. Belum lagi dengan lendiran putih yang keluar dan kemudian bertukar warna kepada hijau pula. Nauzubillah himinal zaliqh minta dijauhkan dari segala penyakit masuk ke dalam tubuh badan kita.

Limau purut buah yang menggerutu. Buruk di luar semerbak harumnya. Buah bukan sebarangan buah. Buah digelar dengan gelaran buah saka. Digunakan dalam perubatan alternatif seperti cucian rambut, mandi bunga dan rawatan gangguan mistik.

Daunnya pula digunakan dalam masakan bagi menaikkan dan membangkitkan aromanya. Daunnya juga digunakan dalam mandian herba serta rawatan bertangas dan sauna. Memang sangat memberikan ketenangan tatkala hidung ini menghidu baunya yang segar bugar terutama di kala terasa stress dan tekanan datang melanda.

Sedikit sebanyak khasiat dan kebaikan limau purut:

��Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik.

��Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.

��Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.

��Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

��Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

��Anti histeria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.

Bahan alami yang diamalkan dari zaman ke zaman dan disambung ke generasi seterusnya agar tidak luput ditelan arus kemodenan. Ibarat pepatah melayu ada menyebut,

"Ditelan mati emak, diluah mati bapak"

Begitulah jua nak ditelan buah limau dan nak dikunyah daunnya memang tidaklahkan? Itulah yang membawa kepada penghasilan jamu kunyit warisan nenda dimana buahnya diadun bersama dengan rempah ratus dan herba semulajadi. Bukan sahaja bau yang enak diluaran, malahan dalaman juga disingkirkan bau yang kurang enak.

Kecantikan seseorang itu bukannya diukur dari penampilan luarannya sahaja tetapi juga kebersihan dalamannya.
------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#jamukunyitwarisannenda
#limaupurut

Rawatan kaki & urutan tradisional melayu (full body)

Rawatan kaki & urutan tradisional melayu (full body)
---------------------------
Rendaman kaki dengan air suam yang diperah lemon dan limau purut ditambah pula batu sungai kecil yang berfungsi sebagai batu refleksologi dalam air pastinya membuatkan anda berasa sangat selesa dan aliran darah lancar.

Untuk kesan yang lebih mantap, letakkan kedua-dua tumit kaki anda di batu tersebut dan tekan serta gerakkan tumit kaki seolah-olah diurut. Teknik ini sangat bagus dan elok diamalkan bagi mereka yang mempunyai masalah rahim. Aromaterapi juga dititiskan bagi membangkitkan aura positif dalam diri dan menyahkan aura negatif melalui aliran darah dari tapak kaki.

Kebaikan rawatan kaki melalui rendaman air ini adalah bagi tujuan:

��nyah toksin dalam  tubuh badan
��merawat masalah tumit kaki pecah
��merawat masalah tapak kaki berbau
��melancarkan aliran darah
��mengurangkan masalah kebas kaki
��melembutkan kulit kaki
��menghilangkan masalah kegatalan kaki

Selain daripada penggunaan lemon, limau nipis, garam dan limau purut serta produk rendaman kaki yang lain, rawatan rendaman kaki menggunakan ais juga sangat elok diamalkan terutama sebelum kita tidur. Selain itu, kita juga boleh menggunakan herba mandian yang dijual di pasaran di mana herba tersebut direbus terlebih dahulu dan kemudian dicampur dengan air sejuk dan agak-agak hangat kita rendam kaki.

Penggunaan cuka putih yang dicampur dengan Listerine juga boleh digunakan di mana ianya boleh melembutkan kulit kaki. Namun harus diingatkan penggunaan cuka putih dan Listerine yang kerap boleh menghakis kulit kerana kedua-dua bahan ini mengandungi asid di mana lapisan kulit kaki akan menjadi nipis.

Urutan tradisional melayu (full body) menggunakan minyak serai yang dicampur dengan minyak bunga matahari selama 2 jam pastinya membuatkan anda terlena sepanjang rawatan. Ditambah pula dengan lampu tidur yang malap dan cecair aromaterapi yang dibakar pastinya menambahkan lagi ketenangan anda sepanjang rawatan.

Best best best dan lagi best jika sepanjang rawatan tiada gangguan. Boleh je dilakukan di tempat anda tapi kenikmatannya agak kurang jika dibandingkan dengan rawatan di home spa saya. Well well well, ringankan jari jemari anda call/whatsapp saya dan kita set appointment ya.
---------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#rawatankaki
#urutantradisionalmelayufullbody
#rendamankaki
#lemon
#limaunipis
#limaupurut
#listerine
#cukaputih
#mandianherba
#ais

Sunday 15 May 2016

Aliran Darah Tak Lancar

Aliran darah tak lancar
-------------------------------
Keras bagaikan kayu kaki dan apabila disentuh untuk diurut langsung tak rasa sakit. Terapi urat saraf itulah rawatan alternatif terbaik gabungan daripada urutan dan titik refleks yang melancarkan aliran darah serta meregangkan urat yang tegang.

Bukan sahaja bahagian kaki malahan tangan serta tapak tangan juga terasa kebas pada satu-satu masa. Untuk masalah ini, rawatan yang dilakukan adalah titik refleks bagi melancarkan aliran darah yang tidak lancar serta masalah kebas dan kemudian barulah diurut keseluruhannya.

Jika diurut dan ditekan berulang kaki pastinya kita akan berasa kurang selesa dan berlakunya masalah bengkak urat. Masalah bengkak urat boleh membawa kepada penyakit demam urat di mana tubuh akan menggeletar dan bisa keseluruhan tubuh badan. Rata-rata yang saya rawat gemar meminta saya menekan kuat bahagian yang sakit berulang kali tetapi apa yang saya lakukan selain daripada terapi urat saraf adalah urutan urat pendua. Tidak diurut di bahagian yang sakit namun diurut di urat yang kedua dan kemudian barulah diurut di bahagian yang sakit.

Rendaman kaki air suam yang diperah lemon/limau nipis/limau purut dan dicampur dengan garam (lebih elok jika dapat garam bukit) juga elok dilakukan selama 15 hingga 20 minit sebelum urutan bagi tujuan:

��nyah toksin dalam  tubuh badan
��merawat masalah tumit kaki pecah
��merawat masalah tapak kaki berbau
��melancarkan aliran darah
��mengurangkan masalah kebas kaki
��melembutkan kulit kaki
��menghilangkan masalah kegatalan kaki

Batu sungai yang digunakan di dalam akuarium juga elok digunakan di dalam rawatan rendaman kaki. Gosok sahaja kaki sambil merendam kaki dan anda pasti akan merasa sungguh tenang dan batu sungai ini juga berfungsi di dalam melancarkan aliran darah.

Aromaterapi dibakar sepanjang rawatan  sambil ditemani oleh lampu tidur yang malap sudah cukup membuatkan anda berasa sungguh tenang.

Anda datang dengan tekanan dan anda pulang dengan ketenangan. Kepuasan anda adalah pegangan saya. Saya belai, rapi dan rawat anda dengan penuh keyakinan kerna saya yakin setiap permasalahan ada penyelesaiannya.
-------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#alirandarahtaklancar
#rendamankaki
#urutankaki
#lemon
#limaunipis
#limaupurut
#aromaterapi
#batusungai

Saturday 14 May 2016

Urutan Ibu Selepas Bersalin & Tungku Badan

Urutan Ibu Selepas Bersalin & Tungku Badan
-------------------------------
Berpantang sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa dan hanya encik suami yang membantu pastinya memenatkan. Tambahan pula pada masa yang sama harus menguruskan lagi 2 orang anak kecil pastinya boleh memberi tekanan.

Baru masuk hari ke-30 urat seluruh badan dah terasa tegangnya. Even dah diurut 3 hari berturut-turut selepas bersalin, tetapi badan masih terasa sakit, tegang dan kebas.

That's why kena terapi seluruh badan even belum sampai ke hari penutupnya. Tapi, urutan sahaja tidak cukup dan haruslah bertungku juga. Jika lagi elok ditangas sebelum itu. Untuk rawatan bertangas, hari berpantang ke-30 ni dah elok untuk bertangas.

Dan rawatan bertangas lebih elok jika menggunakan bahan alami seperti serai, halia, lengkuas, cekur, asam keping, daun limau purut, daun kunyit, daun inai, daun sireh dan daun mengkudu. Before bertangas, lakukan senaman kemut terlebih dahulu bagi menguatkan tisu otot vagina dan otot seluruh badan.

Jika dalam amalan tradisional jawa kaum jawa, ibu berpantang seharusnya memakai bengkung jawa selama 44 hari dan posisi tidur haruslah dalam keadaan duduk bagi tujuan menyokong dan menguatkan tulang belakang. Selain itu, param, pilis dan tapel akan disapu setiap hari bagi mengeluarkan angin dalam tubuh badan serta mengelakkan si ibu bentan dan meroyan.

Amalan tradisi nenek moyang kita adalah amalan terbaik namun, jarang-jarang diamalkan pada masa kini atas sebab perubahan arus pemodenan. Rata-rata kita sekarang lebih selesa dengan rawatan menggunakan produk moden seperti losyen dan krim panas yang mana produk tersebut hanyalah menghangatkan tubuh badan dari luaran sahaja. Saya sendiri pernah menggunakannya dalam rawatan saya. Memang penggunaannya tersangat mudah dan menjimatkan masa namun kepuasannya kurang.

Warisan turun temurun dari nenda ke cucunda itulah menjadi pegangan saya sehingga kini. Saya rapi, belai dan rawat tubuh badan anda di tempat anda kerna sepanjang tempoh anda berpantang, elak-elakkan keluar dari rumah melainkan memang anda ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Oh ya, stokin juga harus dipakai sepanjang masa berpantang dan juga rambut harus disanggul rapi, ketat dan tinggi.

Ibu berpantang,

Saya datang ke tempat anda. PM saya awal sikit untuk temujanji anda dengan saya. Semua barang rawatan saya sediakan. Yang anda hanya perlu sediakan hanyalah diri anda dan bengkung. Even anda ada beli set bersalin, gunakannya selepas saya merawat anda.
-------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#urutanibuselepasbersalin
#tungkubadan

Wednesday 11 May 2016

Foot Spa

Foot Spa
---------------------------------
Rendaman kaki selama 15 hingga 20 minit dengan 1/2 cawan cuka putih yang dicampur bersama 1/2 cawan listerin di dalam air suam pastinya sudah cukup untuk melembutkan dan merawat masalah tumit kaki merekah dan pecah-pecah serta berbau.

Selain itu, kaki juga akan dilulur dan dirawat dengan kayu pelembut dan akhir sekali 'cracked heel lotion' serta 'nail essential' akan disapu bagi merawat keseluruhan masalah kaki anda.

Nampak menarik bukan? Tapi, ini bukan mengenai menarik atau tertarik. Rawatan ini adalah bertujuan untuk menjaga kulit kaki anda dari rosak serta bermasalah. Paling kritikal adalah BERBAU terutama mereka yang gemar memakai kasut bertutup.

Selain daripada merawat masalah kaki, rawatan ini juga berfungsi di dalam menyingkirkan toksin dan angin dalam tubuh badan selain daripada rawatan urutan seluruh tubuh badan.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, anda boleh meletakkan 'foot detox' di tapak kaki anda dan anda akan dapat lihat sendiri kesannya di mana 'foot detox' tersebut akan bertukar warna menjadi hitam dan jika tubuh badan anda memang bermasalah, warna hitam tersebut akan menjadi pekat dan gelap.

Sebelum kaki disapu 'cracked heel lotion' dan 'nail essential' disapu, urutan kaki selama 15 minit akan dilakukan bagi melancarkan aliran darah serta melembutkan urat kaki yang tegang.

PM saya untuk rawatan samada di tempat anda mahupun di tempat saya. Mana-mana pun boleh asal kaki anda dirawat dan dirapi.
---------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#footspa
#rendamankaki
#lulurkaki
#urutantapakkaki
#crackedheellotion
#nailessential

Pakej Ibu Selepas Keguguran

Pakej Ibu Selepas Keguguran
---------------------------------
This morning consult my customer Puan Aisyah dari Cheras Selatan berkenaan Pakej Ibu Selepas Keguguran di mana beliau baru sahaja keguguran di usia kandungan 5 weeks. Memandangkan this week jadual saya dah fully booked, insya Allah next Saturday.

Apa yang saya suggest kepada beliau adalah:

��tangas basah
��urutan ibu selepas keguguran
��tungku badan

Air manjakani juga direneh untuk diminum selepas sesi rawatan yang mana antara tujuannya adalah untuk mengecutkan rahim serta membersihkan luka dalaman. Selain itu, ianya juga boleh menguatkan tisu otot vagina dan mengetatkan rahim bagi mengelakkan berlakunya masalah kentut rahim atau rahim kembang.

Bile mentioned tentang rahim kembang, just  nak share yang kalau kita lepas gugur kita tak berpantang dengan betul boleh menyebabkan rahim kembang. Bahaya rahim kembang dan antara simptom rahim kembang adalah panties sentiasa basah. That's why saya akan syorkan setiap pelanggan saya yang keguguran agar buat rawatan tangas basah.

Bertangas ni elok bagi membuatkan rahim kita panas dan tidak sejuk dan rahim sejuk inilah membuatkan berlakunya masalah rahim kembang. Untuk rawatan bertangas, saya menggunakan 100% bahan dari sumber alami seperti serai, daun limau purut, daun kunyit, daun pandan, asam keping, lada hitam, halba, halia, cekur, kunyit dan lengkuas. Bukan sahaja baik untuk rahim, malahan bertangas juga berfungsi menyingkirkan toksin dalam tubuh badan.

Jika anda sukakan privacy bolehlah datang ke tempat saya dan jika anda mahu saya datang ke tempat anda, boleh call/whatsapp saya dan tetapkan tarikh dan masa temujanji. Ini bukan pakej rawatan kecantikan tubuh badan tetapi ini adalah pakej rawatan kesihatan tubuh badan anda.
---------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#pakejibuselepaskeguguran

Tuesday 10 May 2016

Genap sudah 44 hari???

Genap sudah 44 hari???
----------------------------
Anda baru sahaja genap 44 hari berpantang bersalin? Just 3 days after melahirkan baby anda berurut? Itupun sekadar urutan dan bertungku. Lulur badan, masker badan dan bertangas seriously memang tak buat.

Don't worry coz anda masih belum terlewat untuk melakukannya coz bertangas actually after hari ke-30 baru elok dibuat. So maknanya jika anda sekarang sudah genap 44 hari ataupun lebih, saya boleh syorkan kepada anda buat rawatan:

tangas basah
urutan penutup pantang
tungku badan

Bukan itu sahaja, anda juga akan dihidangkan segelas air manjakani secara percuma di mana saya renehkan untuk anda dan air ni tersangatlah elok di amalkan buat wanita-wanita bagi menjaga kesihatan luar dan dalam di mana khasiat air manjakani ini adalah:

kecutkan rahim (perut buncit)
buang lendiran kotor dalam tubuh badan
bersihkan luka dalaman
lancarkan aliran darah
bangkitkan seri wajah (awet muda)
menguatkan & mengetatkan rahim
merawat masalah keputihan
merawat masalah rahim kembang

Samada anda datang ke tempat saya atau saya ke tempat anda bergantung kepada keselesaan anda. Bagi mereka yang baru sahaja keguguran, pakej rawatan yang saya share bersama dengan anda ini adalah rawatan alternatif yang baik untuk anda lakukan.

Bukan sahaja air manjakani, senaman tulang belakang juga diajar tanpa mengira sama ada anda mempunyai masalah tulang belakang atau tidak.

PM saya untuk appointment. Insya Allah saya akan setkan tarikh dan masa rawatan untuk anda.
----------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#tangasbasah
#urutanpenutuppantang
#tungkubadan
#genapsudah44hari

Sunday 8 May 2016

Uruyan Ayurveda

Urutan Ayurveda
--------------------------
2nd day treatment my encik husben dengan urutan Ayurveda menggunakan minyak zaitun yang dicampur dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih alhamdulillah urat bahu yang tegang tepi tulang belakang dia renggang dan berbunyi ketika direntap dan bahagian atas punggung dipijak.

Rawatan menggunakan sumber bahan alami pastinya menyegarkan dan menyihatkan tubuh badan. Ditambah pula dengan secawan air teh hijau lemon hangat serta bauan limau purut yang dicucuk dengan cengkih bagi memberikan aroma semulajadi yang bukan sahaja wangi, menyegarkan, menyihatkan malahan juga bebas daripada bahan kimia serta toksid.

Rawatan Ayurveda sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat India dan sudah lama diamalkan sejak 5000 tahun yang lalu. Dan kini rawatan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat India.

Antara matlamat utama rawatan ini adalah untuk memanjangkan usia dan merawat penyakit daripada berlanjutan.

Walaupun sesetengah perawat dan pengamal Ayurveda mengamalkan mantera di dalam rawatannya, namun di dalam rawatan saya, tiada sebarang ayat-ayat mantera diamalkan. Rawatan Ayurveda yang saya lakukan lebih bersifat komplimentari dan diolah agar tidak bercanggah dengan rawatan Islam.

Kecantikan itu bukan sekadar dari aspek luaran sahaja malahan kecantikan itu lahirnya dari dalaman dan sistem tubuh badan yang sihat.
--------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshmobilespa
#urutanayurveda
#oliveoil
#kulitkayumanis
#cengkih
#bungalawang
#lemon
#limaupurut

Thursday 5 May 2016

Bertangas

Bertangas
-------------------------
Sharing from ustaz hadi di mana rawatan bertangas boleh merawat masalah rahim sejuk di mana rawatan bertangas boleh membuatkan rahim panas.

Antara kebaikan rawatan bertangas adalah:

��menguatkan tisu otot vagina
��membersihkan dan mengeluarkan lendir
��mengharumkan tubuh badan
��merawat masalah keputihan
��mengetatkan vagina
��membersihkan luka dalaman
��singkirkan toksin
��buang angin
��melancarkan aliran darah
��merawat masalah rahim sejuk

Tanpa perlu ke spa segalanya boleh dilakukan di tempat anda. Rawatan bertangas dengan ramuan bahan dari sumber alami seperti serai, halia, lengkuas, lada hitam, halba, asam keping, daun limau purut, daun kunyit dan daun pandan pastinya memberikan kesegaran serta menyihatkan tubuh badan anda.

PM saya segera untuk rawatan yang terbaik dari sumber alami. Kepuasan adalah hak milik anda.
-------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshmobilespa
#bertangas

Tuesday 3 May 2016

Jemari Refresh Mobile Spa

Jemari Refresh Mobile Spa ~ ladies only!
-------------------------
Tiada masa nak ke spa ditambah pula dengan masalah 'traffic jams' serta anak tiada orang nak jaga?

Kini semua itu bukan lagi masalah untuk anda merawat, merapi serta membelai tubuh badan anda.

Anda tidak perlu lagi ke spa sebaliknya saya akan menbawa spa ke tempat anda. Office? Rumah? Atau mungkin juga di tempat lain. Bukan sahaja rawatan spa malahan saya juga membawa sekali konsep spa ala jawa ke tempat anda. Hanya sediakan tubuh badan sahaja dan selebihnya disediakan oleh saya.

Apa tunggu lagi? PM saya untuk details services yang saya sediakan.
-------------------------
���� +60176325250

#jemarirefreshmobilespa

Urutan Ibu Mengandung

Urutan ibu mengandung
-----------------------------
Di antara wanita hamil yang tidak digalakkan untuk berurut adalah:

��kehamilan bersama penyakit hypertension dan preeclampsia.

��pernah mengalami keguguran (miscarriage).

��pernah mengalami kelahiran pramatang.

��kandungan kurang daripada 12 minggu.

Kebaikan urutan semasa hamil:

��membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan serta memberikan rasa kelegaan pada tubuh badan.

��menjadikan diri lebih tenang dan bersemangat kerana si ibu akan rasa lebih selesa dengan diri sendiri selepas tubuh badan dibelai.

��mengurangkan bengkak pada tubuh badan terutama pada bahagian sendi.

��menguatkan sistem ketahanan tubuh badan.

��tidur menjadi lebih lena.

��mengurangkan rasa sakit.

Walau bagaimanapun, urutan kehamilan tidak digalakkan bagi kandungan kurang daripada 12 minggu bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Selain daripada urutan kehamilan, ibu hamil juga boleh melakukan rawatan selain daripada urutan seperti:

��lulur badan
��masker badan
��tungku badan
��mandi rempah
��mandi bunga

Pastikan anda memilih tukang urut yang benar-benar mahir di dalam mengurut ibu hamil kerana terdapat sesetengah bahagian tubuh badan yang sensitif untuk diurut seperti bahagian pergelangan kaki (ankle) dan pergelangan tangan (wrist).
-----------------------------
���� +60176325250

#jemarirefreshmobilespa
#urutanibumengandung
#lulurbadan
#maskerbadan
#tungkubadan
#mandirempah
#mandibunga