Monday, 16 November 2015

IKHLAS DARI LUBOK HATI

#ikhlas dari lubok hati

Sedar tak sedar malam tadi hendak masuk jam 1.00 pagi tidur. Mana tidaknya, pulang sahaja dari Seri Kembangan, Selangor terus uruskan tempahan jamu kunyit dari para pelanggan yang sudah membuat tempahan. Alhamdulillah tinggal lagi beberapa botol sahaja itupun sudah ada yang tempah untuk minggu ini & juga akhir bulan November ini.

Letih tu memang terasa sangat & nampak bohong sangat jika saya katakan saya tak penatkan? Tapi, bukan saya nak GEBANG (berlagak) @ mengada-adakan cerita bahawa sesungguhnya sejak saya amalkan JAMU KUNYIT ini dari hari ke-5 saya berpantang keguguran, masalah letih, lesu & malas nak bangun pagi tu memang dah berkurangan. Asyik terasa nak buang air kecil juga berkurangan di mana jika kita asyik terasa nak buang air kecil adalah antara salah satu faktor rahim kita lemah & jatuh. Kadangkala tu,  sampai tak boleh nak tahan air kecil tu. Ini fakta ya sayang-sayang semua, bukan auta mahupun rekaan.

Ramuan bahan-bahan JAMU KUNYIT saya ini bukan semata-mata kunyit sahaja malahan ada beberapa lagi bahan saya adunkan bersama. Semua ramuan tersebut sangat baik di dalam menjaga kesihatan & kecantikan luaran serta dalaman kita.

Sebagai wanita, kita seharusnya menjaga kecantikan & kesihatan kita bukan sahaja luaran mahupun dalaman juga kena ambil berat. Rata-rata wanita saya jumpa hanya mementingkan kecantikan luaran sahaja cth kulit wajah putih sahaja, tapi tangan serta anggota badan yang lain???? Erm???? No komen.

Antara tanda-tanda rahim jatuh @ prolapse adalah:

√ Kerap ke tandas untuk buang ajr kecil.

√ Rasa sakit di bahagian ari-ari, pinggang & bahu.

√ Tumit kaki terasa nyilu, pedih & terasa bagai dicucuk-cucuk.

√ Keluar keputihan yang melampau-lampau & berbau.

√ Kencing tidak lawas @ kotor.

Jangan tak tahu ya, STRESS juga boleh menyebabkan rahim kita jatuh. Sebab tu saya suka share khasiat JAMU KUNYIT saya ini.

Kepada yang ingin mendapatkan JAMU KUNYIT, hubungi @ whatsapp saya di talian 0176325250.

#jamukunyit

No comments:

Post a Comment