Monday 14 December 2015

AKU TANYA APA KHABAR SEMUA?

Aku Tanya apa khabar semua?

Pagi ni rasa sedap & segar bugar badan. Malam tadi memang tak dan nak menaip coz nak uruskan order jamu kunyit. 1 nak pos & 1 lagi nak cod. Alhamdulillah bagaikan pisang cheese sambutan ke atasnya.

Sebut pasal pisang cheese ni, actually apa yang saya nak share dengan u ollz semua takda kena mengena pun. Just penambah perisa. Bagi sedap-sedap sahaja.

Sebenarnya saya nak throwback mengenai customer saya petang semalam. Dia baru sahaja bersalin Anak ke-4 dan masa saya Urut dia semalam, dia baru masuk hari ke-32. Tapi, dari apa yang dia story kat saya, dia berpantang sendiri & yang paling hebat adalah hari ke-8 dah angkat air sendiri coz takda sape boleh tolong dia. Itu baru angkat air, belum lagi kerja lain. Allah hu akhbar!

So, bila saya Urut dia, kasihan sungguh, mana taknya, habis seluruh badan dia tegang-tegang & urat semua bersimpul-simpul. Walaupun tubuh badannya kecil, tapi sakitnya badan dia mengalahkan orang berbadan saiz XL.

Saya bukan apa, dalam berpantang ni, kena jaga & bela diri tu elok-elok. Masa buat tak terasa u ollz, akan datang barulah u ollz akan merasainya. Badan ni kita nak pakai lama walaupun tak pasti sampai bile. Ni kalau dalam berpantang pun serupa tak berpantang, tak ke bentan lepas tu meroyan? Customer saya ni dah nak kena BENTAN URAT sebenarnya. Mujur cepat dia panggil saya bagi Urut seluruh badan dia.

Insya Allah, this week juga saya akan arrange 2 hari untuk next slot dia coz takut dia bentan urat aje. Kalau dah bentan, memang tak dapeklah nak Urut tapi kena buat rawatan bentan pula iaitu:

√ lumur seluruh badan dengan minyak panas @ losyen hangat;

√ tungku seluruh badan sehingga berpeluh-peluh badan tu; dan

√ bengkung bagi kemas badan &  peranakan (rahim).

Then, jamu kunyit Kak Nurul ni memang elok diambil dalam berpantang ya di mana jika takda sebarang masalah makan 3 biji x 2 kali sehari selepas makan & jika menyusu baby 3 biji x 1 kali sehari selepas makan, seeloknya awal pagi selepas breakfast di mana urat tengah lembut masa tu. Jika baby jaundice stop dulu makan jamu ya.

Tapi, jika BENTAN, wajib makan 5 biji x 1 kali sehari selepas makan tak kisah pagi @ malam tapi kalau boleh pagi selepas breakfast. Minum air suam & amalkan selama 21 hari tanpa ketinggalan sehari pun. Then, stop 7 hari kemudian continue semula dengan hanya 3 biji x 2 kali sehari selepas makan. Sekali sehari pun takpe sebab badan kita dah strong.

Hah, u ollz kalau dah baca story akak ni & terasa diri tu pun macam customer akak ni, bolehlah calling-calling @ whatsapp akk 0176325250.

#jarulzmobilespabeauty
#jamukunyit
#0176325250

No comments:

Post a Comment