Tuesday 5 April 2016

KEBAS URAT

Salam sejahtera semua. Maaflah mengganggu anda terutama yang sedang berehat dan bersiap sedia untuk ke pejabat serta tak kurang juga yang menguruskan anak-anak ke sekolah.

Well saya sering berkongsi dengan anda mengenai customers saya yang berhadapan dengan masalah kebas urat @ lebih dikenali sebagai sesemut. Tapi, apa itu kebas urat? Apakah faktor menyebabkan berlakunya masalah ini? Bagaimana cara merawatnya?

Rata-rata berpandangan bahawa masalah kebas urat adalah masalah biasa dan tidak perlu dirawat. Silap besar pandangan itu kerana kesan utama kebas urat boleh menyebabkan aliran darah seluruh badan tidak lancar. Dan kadangkala kebas urat juga boleh menyebabkan bentan dan seterusnya membawa kepada meroyan.

Riwayat Al Hakim dan Baihaqi ada menyatakan bahawa,

"Manfaatkanlah 5 sebelum datangnya 5 iaitu:

��hidupmu sebelum matimu
��sihatmu sebelum sakitmu
��lapangmu sebelum sibukmu
��mudamu sebelum tuamu
��kayamu sebelum fakirmu

Kebas urat atau numbness adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:

��kekurangan nutrisi

��kekurangan vitamin B12

��gangguan yang dikenali sebagai carpal tunnel syndrome juga merupakan punca hilangnya deria rasa pada tangan dan kaki.

��aliran darah yang tidak lancar

Setiap sakit ada penawarnya. Tiada apa yang tidak boleh diselesaikan mahupun dirawati. Apabila anda mengalami masalah kebas urat atau sesemut ini, anda disarankan agar:

✍��melakukan urutan pada tangan bagi melancarkan aliran darah serta mengurangkan rasa kebas.

✍��balut tangan dengan tuala yang direndam dalam air panas.

✍��ambillah vitamin dan supplement yang boleh merawat masalah kebas urat. Jika anda berjumpa doktor, anda akan dibekalkan dengan preskripsi ubat penahan sakit untuk masalah sakit dan keradangan urat.

✍��melakukan senaman mudah untuk melegakan rasa kebas iaitu genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Lakukannya berulang kali sehingga anda terasa lega.

Selain itu, rawatan alternatif juga disarankan untuk anda lakukan bagi mengurangkan masalah kebas urat iaitu:

��relaxing body massage
��body compress (tungku badan)
��jamu kunyit warisan Nenda

This is not a marketing to promote my service and product. Tetapi apa yang saya syorkan ini adalah untuk mengurangkan masalah anda.

Rawatan 3 kali traditional body massage juga elok di dalam merawat masalah kebas urat. Seperti yang pernah saya tekankan sebelum ini,

MERAWAT LEBIH BAIK DARI MENGUBATI!!!

Itulah trademark saya yang wajib anda ingati sampai bila-bila pun. Bukan anda sahaja malahan saya juga sentiasa mengingatkan diri saya.

For reservations: 0176325250

No comments:

Post a Comment