Tuesday 31 May 2016

Penangan urutan & bertungku badan

Penangan urutan & bertungku badan
--------------------------------
Berketul-ketul darah keluar selepas ditungku. Barulah terasa lega sebab selepas bersalin,  normally akan ada ketulan darah yang harus dikeluarkan dan juga batu merian. That's why after diurut haruslah ditungku. Then, tapel akan disapu di bahagian perut manakala seluruh badan disapu param dan last sekali dahi akan disapu pilis. But, the most important are urutan dan bertungku. Selain menggunakan batu sungai, tungku besi juga boleh digunakan untuk bertungku dan bahagian hujungnya digunakan untuk menolak bahagian bawah perut agar darah nifas mengalir lancar serta mempercepatkan proses pengecutan rahim.

Batu sungai atau tungku besi yang dipanaskan akan dibalut dengan daun mengkudu atau daun sireh. Jika tiada kedua-duanya atau salah satu darinya, boleh digantikan dengan daun kunyit atau daun pandan. Fungsi daun ini adalah bagi menaikkan bau aroma serta batu sungai dan tungku besi tidak terlalu panas membahang.

Proses pembakaran adalah selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu, jangan terus-terus nak tungku. Tutup api dan biarkan suam sedikit lebih kurang 1 atau 2 minit. Bukan apa nanti terbakar pula kain sarungnya. Agak-agak dah tak terlalu panas lagi then barulah dibungkus dengan kain yang mana batu sungai mahupun tungku besi tersebut sudah dibalut dengan daun.

Paling utama ditungku adalah:

��ari-ari (rahim)
��bawah perut
��tepi perut kiri & kanan
��celah ketiak
��sekeliling breast
��peha hadapan & belakang
��betis hadapan & belakang
��tapak kaki
��pinggang & punggung

Then, barulah tungku ke seluruh tubuh badan. Badan akan terasa segar bugar ditambah pula sebelum bertungku seluruh tubuh badan diurut terlebih dahulu.

Nak bertangas awal-awal berpantang memang tak digalakkan and that's why disarankan ibu-ibu berpantang at least 3 hari berurut, bertungku, pakai param, pilis dan tapel serta berbengkung sepanjang tempoh berpantang. Ini bagi menguatkan otot tubuh badan terutama tisu otot vagina dan mengecutkan rahim (perut buncit).

Stay quietly at home dan saya akan datang ke tempat anda untuk merawat anda berpantang. Jaga pemakanan dan kosongkan minda sepanjang berpantang. Tak perlu nak fikir apa-apa sebab tekanan boleh membuatkan anda kemurungan atau dalam kata lain meroyan.
--------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurulzhomespa
#urutantradisionalmelayu
#urutanibumengandung
#urutanibuselepasbersalin
#urutanpenutuppantang
#urutanibuselepaskeguguran
#relaxingfacialcleansing
#lulurbadan
#maskerbadan
#tangasherba
#tungkubadan
#terapidetokskaki
#jamukunyitwarisannenda

No comments:

Post a Comment