Wednesday 13 July 2016

Cerita malam tadi

Kak Nurul'z nak share cerita malam tadi. Customer Kak Nurul'z ada masalah sakit tumit kaki. Then 1 day before berurut dengan Kak Nurul'z, Kak Nurul'z advise dia buat rendaman kaki dengan air suam yang dicampur dengan garam @ limau nipis. Alhamdulillah kurang sikit sakitnya.

Then malam tadi masa Kak Nurul'z urut dia, dia ada share dengan Kak Nurul'z teknik urutan untuk mereka yang ada masalah slip disc iaitu urut bahagian tepi tapak kaki. Ya benar & itulah apa yang Kak Nurul'z belajar sebelum ini. Then dia juga ada tanya Kak Nurul'z tentang kayu guasa yang digunakan untuk ditekan di tumit kaki. Tapi, Kak Nurul'z advise dia jangan tekan kuat sangat atau salah tekan sebab dikhuatiri boleh merosakkan tisu otot di bahagian tumit kaki.

Masalah utama customer Kak Nurul'z ni semalam adalah bahagian kaki di mana urat tegang & kebas disebabkan aliran darah tidak lancar. Memang lama Kak Nurul'z lebihkan bahagian tersebut & setiap kali diurut banyak angin keluar compare dengan sebelumnya masa first time Kak Nurul'z datang urut dia.

Alhamdulillah after rawatan, rasa ringan sikit badannya komen dia. Mana taknya kalau 3 weeks ni dia berulang-alik ke hospital menguruskan suaminya yang kena warded disebabkan masalah dialisis. Memang tegang & berangin seluruh badan. Even tak stay di sana.

Hari ni, Kak Nurul'z nak continue 2nd day pakej rawatan ibu selepas bersalin untuk pakej mener di bukit jalil. Sepatutnya dah settle tapi memandangkan Kak Nurul'z sakit tekak & batuk non stop, so Kak Nurul'z hold dulu then continue hari ni & esok. Tekak ni nakal sebab gatalnya menyerang time Kak Nurul'z mengurut time-time Kak Nurul'z jumpa orang time tu ler dia buat hal.

Yang nak slot in untuk this week insya Allah available on Saturday & Sunday tapi pagi Sabtu Kak Nurul'z dah ada customer ya.

☎������+60176325250

#kaknurulzhomespa

No comments:

Post a Comment