Sunday 17 July 2016

Dinner time

Sepetang menikmati hidangan makan malam di Thai Tom Yam, Ayer 8, Putrajaya,

Bukan nak bangga diri mahupun menjadi penglipur lara. Pengakuan benar dari salah seorang pelanggan Kak Nurul'z di mana dia kini mendapatkan rawatan 3 hari Urutan Tradisional Melayu dari Kak Nurul'z & insya Allah esok petang last day.

"Lepas berurut dengan akak kelmarin alhamdulillah banyak sikit susu saya keluar. Tukang urut sebelum ni masa saya berpantang hari tu takdak urut macam akak terutama urut muka & juga urut bahagian susu,"

Bukan Kak Nurul'z nak buat comparison antara Kak Nurul'z & tukang urut yang dimaksudkan oleh customer Kak Nurul'z ni. Nampak macam sama tapi tak sama. Actually teknik urutan tradisional melayu sama seperti urutan ibu selepas bersalin tapi bezanya adalah urutan ibu bersalin ni yang harus difokus adalah bahagian dada bagi tujuan melancarkan aliran susu serta bahagian perutnya jangan disengkak awal sebaliknya cukuplah sekadar diurut lembut. Jangan langsung tidak diurut.

Dan sebenarnya customer Kak Nurul'z ni hampir-hampir bentan urat & dia kerap text Kak Nurul'z mohon pandangan & nasihat dari Kak Nurul'z even dia tidak mendapatkan pakej rawatan ibu selepas bersalin dari Kak Nurul'z memandangkan Encik Sominya sudah terlebih dahulu mendapatkan untuknya. Tapi Kak Nurul'z tak kisah mana yang Kak Nurul'z boleh bantu insya Allah akan Kak Nurul'z bantu. Mana yang Kak Nurul'z rasa harus refer dengan doktor Kak Nurul'z akan advice dia untuk berjumpa dengan doktor.

Berbalik kepada topik urutan yang boleh melancarkan aliran susu ialah urutan bahagian belakang badan, tepi ketiak & juga teknik urutan bahagian breast di mana teknik yang betul insya Allah dapat melancarkan aliran susu. Lebih elok selepas diurut ditungku pula. Teknik ini juga elok di mana boleh mengelakkan masalah bengkak susu & seterusnya membawa kepada demam urat.

Selain daripada urutan & bertungku, amalkan pemakanan yang boleh menambahkan susu juga perlu seperti:

��habatussauda
��longan kering
��kurma merah
��sengkuang cina
��pucuk manis
��jantung pisang (selepas minggu kedua)
��ikan yu

Jangan sebarangan makan & jangan sesekali lakukan aktiviti berat & lasak. Rehatkan diri sepenuhnya. Stokin dipakai jangan macam chipsmore kejap ada pakai kejap entah terbang ke mana. Kain bengkung ikat hari-hari & bukannya sport girdle yang dipakai. Moden & senang ke tandas alasan dah expired yang kerap kali dikatakan.

Dah terang lagi nyata. Reminder ini bukan untuk u ollsz sahaja tetapi juga buat diri Kak Nurul'z juga. Saling ingat mengingatkan di antara satu sama lain.

☎������+60176325250

#kaknurulzhomespa
#nawalherbalbeauty
#jamukunyitwarisannenda

No comments:

Post a Comment