Monday 8 August 2016

1st Day Pakej Rawatan Ibu Selepas Bersalin

Alhamdulillah settle 1st day slot rawatan ibu selepas bersalin untuk pakej 3 hari rawatan (mener) di mana rawatan yang dilakukan adalah:

��urutan ibu selepas bersalin
��rawatan bertungku
��sapuan losyen panas
��ikat tali bengkung

Masa stop sekejap untuk susukan baby, customer Kak Nurul bagitahu susu agak lancar keluar serta agak membuak-buak. Di samping diurut, katanya dia juga amalkan minum kurma yang dicampur dengan halba. Halba memang sangat elok di mana dia boleh tambahkan susu serta lancarkan aliran susu. Selain itu juga, air rebusan kurma merah bersama longan kering juga antara rawatan di dalam menambahkan pengeluaran susu badan.

Nampak gayanya macam tak dan nak bertungku. Tapi, bile Kak Nurul urut bahagian perut, erm nampak gayanya memang nak kena juga bertungku sebab batu merian besau cun-cun dok stay in kat ari-ari. So, masa bertungku pun bukan boleh terus tungku kuat-kuat tapi firstly kena tuam molek then baru tolak slowly. Ini adalah kerana customer Kak Nurul baru beberapa hari sahaja bersalin. Rahim pun masih bengkak.

Tapi, still kena juga urut bahagian perut serta bertungku bagi tujuan kecutkan rahim. Di samping itu, bertungku elok dilakukan bagi tujuan lancarkan darah nifas keluar serta elakkan berlakunya pembekuan darah.

Then, before Kak Nurul nak stop tadi, customer Kak Nurul bagitahu kat Kak Nurul yang terasa susu badan dia penuh selepas diurut. Urutan Ibu Selepas Bersalin memang tersangat memainkan peranan di mana urutan boleh merangsang pemprosesan susu badan bilamana urat susu diurut iaitu bahagian belakang badan, tepi ketiak serta urutan dada.

That's all yang Kak Nurul nak share dengan u ollsz before Kak Nurul rehat malam ni. Esok ad lagi rawatan bersama customer Kak Nurul ni. Insya Allah esok dapatlah buat full treatment seperti yang telah dirancang sebelum ni.

#kaknurulmobilebeautytherapy
#pakejrawatanibuselepasbersalin
#urutanibuselepasbersalin
#rawatanbertungku

No comments:

Post a Comment