Friday 9 September 2016

KAKI RINGAN & TANGAN BERASA

"Ringan sikit kaki akak ni. Pastu tangan awak berasa & puas hati berurut ada rasa. Ada yang urut sekadar gosok-gosok je. Tak puas," customer.

Lama tak jumpa dengan customer Kak Nurul & katanya lepas berurut dengan Kak Nurul dia takda dah urut tempat lain. Itu yang sakit-sakit badan sebab dah lama tak berurut.

Alhamdulillah masa mula-mula urut dia agak kebas seluruh badan especially bahagian tapak kaki & tumit kaki. Then masa urut bahagian peha agak sakit sikit memandangkan urat pehanya agak tegang. Kak Nurul lebihkan rawatan bahagian tapak kaki serta tumit memandangkan bahagian tersebut paling bermasalah.

Kayu guasa digunakan di bahagian kepala bagi tujuan mengeluarkan angin serta melancarkan aliran darah. Tapi Kak Nurul bukan guasa sahaja sebab rawatan guasa yang Kak Nurul amalkan ini adalah sebagai mukaddimah urutan kepala then lepas guasa bahagian kepala Kak Nurul akan urut kepala customer Kak Nurul.

Dari guasa inilah Kak Nurul boleh rasa bahagian kepala yang mana paling bermasalah samada tegang, banyak angin, selalu sakit kepala dsb. Kak Nurul belajar pun dari someone teknik guasa ni tapi kalau dalam perubatan China, guasa merupakan salah satu rawatan alternatif yang sering digunakan di dalam merawat pesakit mereka berbanding dengan urutan.

Habis rawatan of course Kak Nurul akan hidangkan Herbal Tea secara percuma kepada u ollsz. Jamu Tea Mustika Ratu ni sangat elok diamalkan di mana ianya membantu merampingkan badan serta menurunkan berat badan. Bagi u ollsz yang ada masalah angjn serta toksin dalam tubuh badan, Jamu Tea Mustika Ratu ini adalah pilihan yang terbaik.

Memandangkan esok slot 3 hari urutan ibu selepas bersalin ditunda, so Kak Nurul nak rest & relax coz sebelah petangnya Kak Nurul ada slot urutan tradisional melayu di rumah customer Kak Nurul. So, menjadi seorang therapist ni memerlukan rehat yang secukupnya. Jangan ingat u ollsz je perlu berehat, Kak Nurul juga perlu & harus berehat.

#kaknurulbeautyhomespa

No comments:

Post a Comment