HUBUNGAN SILATURRAHIM SESAMA BANGSA (MELAYU & INDIA)
Lama sungguh tak bertemu dgn si dia sehinggalah si dia bagitau yang si dia jumpa balik hp number daku melalui blog daku. Alhamdulillah kerna blog ini saling merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Bukan mudah nak maintain menjadi diri sekarang. Banyak perkara dan ujian yang daku lalui & apa yang memeranjatkan daku adalah daku kini sudah ada ramai followers. Memang tak sangka siapa sangka siapa menduga insan yang pernah dihina & diejek satu tika dahulu oleh darah daging sendiri kini menjadi insan yang dikenali dan dihormati. Itulah nikmat Allah swt yang tidak terhingga nilainya di mana untuk Allah berikan pelangi akan didatangkan petir & ribut kepada diri kita dahulu.
Throwback story malam tadi, seronok sangat berjumpa dengan si dia & tiada diduga hampir 2 tahun kami tak bertemu iaitu sebelum daku mendirikan rumah tangga lagi. And what a surprise si dia masih ingat semua tentang diri ini serta si dia juga memberi komen bahawa teknik urutan daku juga sudah ada peningkatan & perubahan. Alhamdulillah...
Pagi ini, si dia memberi komen melalui mesej di whatsapp yang badan si dia semakin beransur pulih & ringan sangat-sangat. Insya Allah si dia akan hubungi aku setiap bulan cuma advise daku kepada si dia, kena booking at least 3 days earlier bukan apa risau kalau-kalau daku sudah ada pelanggan. Jika dahulu insya Allah boleh sahaja last minute booking but now, daku banyak terima tempahan rawatan bersalin dalam berbentuk pakej.
Nasihat daku, sebagai manusia yang serba kekurangan janganlah kita terlalu bangga diri & bongkak dengan apa yang kita miliki & sentiasa muhasabah diri kerana muhasabah diri adalah kunci kejayaan. Jangan sesekali memandang rendah terhadap kekurangan & kelemahan orang lain kerana tanpa kita sendiri sikap mazmumah itulah kelemahan & kejatuhan diri kita. Sentiasa bersyukur seadanya apa yang ada pada diri kita kerana itu semua hanyalah sementara & pinjaman dari Allah swt yang akan ditarik olehNya pada bila-bila masa.
Wallah hu'allam...
#jarulzmobilespabeauty
No comments:
Post a Comment