Monday, 5 October 2015

MAMBO NO. 2

MAMBO NO. 2 

Ada something nak share di sini. Bukanlah niat nak aibkan mana-mana pihak just nak jaga maruah & air muka (aib) daku. Sangat menyedihkan di mana selama daku menjalankan rawatan, inilah pengalaman pertama bilamana suami pelanggan daku sendiri tidak suka melihat kehadiran daku merawat isteri dia. Kasihan sungguh dengan golongan manusia ini. Hina sungguh bila mana beliau sound isteri beliau tak perlu nak berurut dengan daku lagi. Tapi, daku maintain positif malas nak fikir & take port dengan kerenah manusia sebegini kerana aura negatif yang ada dalam dirinya tidak harus berada dalam diri daku. 

Bukan apa, pelik dengan sikap si dia & inilah dimaksudkan dengan integriti. Ke manakah perginya sikap macho dia yang seharusnya ditunjukkan kepada si isteri. Bukanlah niat diri ini hendak menilai diri dia kerana daku pun bukanlah manusia yang sempurna 100% cuma daku berdoa semoga suami daku dijauhkan dari sikap sebegini. Actually, first time datang jumpa dengan isteri dia, memang dah tersentuh di hati ini yang sesuatu akan berlaku cuma daku abaikan sahaja perasaan itu kerana niat daku nak merawat & membantu dia. Buat apa nak menilai dia untuk kali pertama perjumpaan kerana daku ini bukanlah seorang BOMOH.
 

Apapun, nasihat daku kepada para isteri, nasihatkanlah suami anda jangan sesekali bersikap sebegini kerana isteri zaman sekarang ni jarang-jarang nak susahkan suami malahan segala perbelanjaan isi rumah separuh darinya isteri dengan rela membantu jadi mengapa tidak anda (suami) membantu isteri dengan memberikan rawatan terbaik demi kesihatan & kecantikan luar serta dalam????

Tepuk dada tanyalah iman ya...

#jarulzmobilespabeauty

No comments:

Post a Comment