Tuesday 6 October 2015

KERJA ... KERJA .... KERJA



Sambil menantikan tugasan yang akan diserahkan sebentar lagi, update jam blog & juga sementelaah menanti jam 6.00 petang ini untuk Slot Urutan Tradisional Melayu @ Presint 15, Putrajaya. Di luar pula hujan agak lebat mungkin jammed juga jalan menuju ke rumah customer. Then, malam ni pula ada sorang lagi customer untuk Slot Urutan Tradisional Melayu @ Presint 15, Putrajaya. Kedua-duanya baru sahaja lepas keguguran. 

Kalau nak fikirkan tentang kerja sampai bile pun takkan settle. So, buatlah setakat yang mampu & jangan dipaksa diri itu kelak sakit badan coz tubuh badan kita ni sure nak guna lamakan bukan sehari dua. Memanglah nyawa itu ketentuan Ilahi so selagi diberi peluang untuk hidup jagalah ia sebaik mungkin. Macam daku kalau dah tak larat daku akan rest secukup-cukupnya & buat aktivitk riadah contoh jalan-jalan, tengok wayang, masak memasak & lakukan aktiviti yang sangat sihat contohnya pergi ke gym & joging atau lepak je di rumah serta kemas rumah. 

Rasa macam dah takda tugasan hendak diserahkan so bagus daku berkemas & bersiap-siap ke rumah customer untuk slot petang ni. Insya Allah esok continue story terbaru pula ya. Kasihan customer sudahlah baru sahaja selepas keguguran so sokongan moral juga diperlukan selain daripada urutan badan. Sebagai seorang terapi daku juga seharusnya menjaga kesihatan luar & dalam agar saya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan daku.  

 

No comments:

Post a Comment