Thursday 15 October 2015

MESYUARAT PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK KWP 2016 - 2020

Alhamdulillah selamat sudah sampai di destinasi yang dituju. Program selama 3 hari di The Royale Bintang Resort & Spa, Seremban, Negeri Sembilan moga berjalan lancar dan diredhai hendaknya. Sebagai hamba Allah yang diamanahkan untuk melaksanakan tugasan selaku Urus Setia, akan aku pegang sehingga akhir program agar tiada masalah yang timbul walau hakikatnya hanya Allah swt yang mengerti perasaan aku tika ini. Apapun, aku bersyukur di atas segala rezeki yang dikurniakan olehNya dan tidak akan sesekali mengeluh mahupun memberontak.

Selama 3 hari ini, business mobile spa aku akan tutup dan mula beroperasi semula pada 18 Oktober 2015 (Ahad) jam 9.30 pagi hingga 10.00 malam. Biasanya aku tutup jam 8.30 malam setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum tapi memandangkan aku sudah tutup business selama 3 hari ini, maka aku overtime ahad tu. Ramai dah dok whatsapp tanya tentang temujanji untuk sabtu ini tetapi memandangkan aku ada tugasan lain maka aku terpaksa KIV ke hari ahad iaitu 18 Oktober 2015.

Untuk hari Ahad ini, sudah ada 2 temujanji iaitu Pakej (Post-Natal) dan Urutan Tradisional Melayu. Untuk Urutan Tradisional Melayu ini tidak pasti lagi samada jadi atau tidak tetapi nampak gaya macam jadi sebab customer memang menantikan masa kelapangan aku. Aku terpaksa kerja keras menguruskan business aku memandangkan aku ada banyak komitmen yang hendak diselesaikan. Kasihan papa jika semua urusan kewangan hendak diletakkan di bahu dia. Bersyukur aku dengan nikmat dan rezeki sederhana kami berdua. Aku tidak mahu membebankan dia sama sekali. Business aku pun alhamdulillah hari demi hari semakin meningkat berkat dari usaha dan iltizam aku selama ini. Diam tak diam dah masuk tahun ke-7 aku menjalankan Jarulz Mobile Spa Beauty ini. Syukur sangat-sangat sebab semakin hari aku semakin matang di dalam menguruskannya. Syukur Ya Allah tapi setiap titik laluan business aku lalui penuh dengan dugaan dan duri ranjau yang wajib aku tempuhi.

Kadangkala, aku terfikir kenapalah abang kandung aku yang sorang tu sukar sangat nak terima aku sebagai adiknya yang merupakan darah dagingnya sendiri dengan hati yang ikhlas. Aku tak faham kenapa dari kecil sampai sekarang dia sangat memusuhi aku dan membenci aku malah sanggup memburuk-burukkan diri aku di hadapan keluarga arwah ibu. Segala kemahuan dia aku turuti tapi kemahuan aku yang satu tu payah sangat dia nak turuti. Hina sangatkah aku ini? Jika aku sangat menghormati isteri dia, mengapa tidak dia menghormati suami aku yang merupakan adik ipar dia sendiri.

Be positive even dia tak anggap aku sebagai darah daging dia at least keluarga aku yang lain menerima aku seadanya dan juga teman-temanku yang lain. Syukur ke hadrat Ilahi kerna aku masih punya teman yang lain yang bisa menerima diriku seadanya samada baik mahupun yang buruk. Namun, kadangkala hati ini memberontak dan menangis bermain teka-teki sendiri di atas persoalan yang aku bina. Dan yang paling utama aku sudah punyai seorang suami yang sangat menyayangi diri aku dan menerima diri aku seadanya. Itulah rezeki yang tidak ternilai yang Allah swt kurniakan kepada aku.

Macam tak sesuai personal story aku luahkan di sini. Tapi, hanya inilah channel terbaik untuk aku meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hati ini. Almaklum sahajalah 3 hari ini aku tersangat free maka banyak idea yang terlintas di dalam kotak fikiran aku sebab dah lama aku nak luahkan semua ni. Cuma tak tahu bagaimana nak meluahkannya.

Kadangkala apa yang aku lalui membuatkan aku lebih matang menempuhi setiap hari yang mendatang walau kadangkala aku tewas dan kalah. Kadangkala aku alpa dan setiap kali aku alpa aku akan mula menangis dan juga kadangkala membuatkan aku rasa takut dan gementar sangat. Bila aku mula menceburi business ini, aku mulai berani dan gagahkan diri berhadapan dengan konflik diri dan perasaan yang melanda hidupku.

Sepuluh jari ku susun mohon maaf kepada teman-teman yang membaca blog aku ini jika merasakan macam tak sesuai sahaja aku luahkan perasaan aku dalam blog business ini. Kadangkala kita harus meluahkan apa yang terpendam di dalam hati ini agar tidak makan dalam.

Bila aku dah luahkan semua ni, baru rasa lega sangat-sangat dan sekarang aku nak gerak balik ke bilik untuk bersiap bagi program malam ini pula. Insya Allah di kelapangan masa aku akan update story terbaru pula.

Bubai.

No comments:

Post a Comment