Monday 22 February 2016

Czerian 1 1/2 year

Jangan cakap akak tak tegur ya. Jangan ingat yang CZERIAN tak perlu nak berpantang especially urutan. Anda baca anda nilai kenapa dan mengapa perlu?

Bukan masa berpantang terasa kesannya. Kalau dah nama kesan @ effect of course bukan on that time kita akan rasa. Boleh jadi after 5 tahun, 10 tahun atau mungkin juga selepas setahun terasa kesannya.

Untuk kes ni, bile ditanya terapi yang mana sesuai untuk dia, jawapan saya adalah TERAPI URUTAN TRADISIONAL. Actually rata-rata dan kebanyakan mereka yang Bersalin secara czerian pasti akan mengambil suntikan epidural bagi mengurangkan kesakitan ketika bersalin. Kebanyakan wanita yang melahirkan anak di hospital menggunakan epidural anestesia.

Serba sedikit tentang epidural:

��suntikan bius tempatan bagi melegakan kesakitan di bahagian tertentu dan biasanya suntikan dilakukan di bahagian tulang.

��menghalang saraf impuls dari segmen tulang belakang yang lebih rendah, menurunkan sensasi pada bahagian separuh bawah badan.

Faedah suntikan epidural:

��membenarkan anda berehat.

��mengurangkan ketidakselesaan semasa Bersalin.

��membolehkan anda kekal sedar dan masih mempunyai tenaga untuk meneran semasa Bersalin.

��jika melahirkan anak secara czerian, bius epidural membolehkan anda berjaga dan memberi kelegaan kesakitan yang berkesan semasa pemulihan.

��mengurangkan keletihan, keresahan, berehat, boleh fokus dan memberi kekuatan untuk proses kelahiran bayi anda.

KESAN EPIDURAL:

��tekanan darah jatuh tiba-tiba.

��sakit kepala yang teruk disebabkan kebocoran cecair tulang belakang.

��menggigil, sakit belakang, kesakitan di bahagian jarum dimasukkan, loya atau sukar buang air kecil.

��sukar untuk meneran dan bantuan pitocin, forcep, vakum atau cesarean mungkin diperlukan.

��untuk beberapa jam selepas proses kelahiran, separuh bahagian badan akan berasa kebas.

��kerosakan bahagian kekal boleh terjadi akibat kawasan di mana katerer dimasukkan dalam sesetengah kes.

That is why digalakkan ibu yang bersalin czerian untuk melakukan rawatan urutan selepas hari ke-10 memandangkan kebas bius sudah berkurangan. Tapi kebanyakan mereka enggan berurut apatah lagi melakukan rawatan penuh kerana fobia dan trauma. Takut bahagian operation terganggu.

One more thing, untuk ibu Bersalin czerian, rawatan sengkak rahim tidak boleh dilakukan selama 2 tahun dan selepas 2 tahun pun kena pastikan yang bahagian operation benar-benar dah okay.

First of all kena tanya dulu dengan si ibu bagaimana dengan bahagian operation masih nyilu atau sakit atau berdenyut. Jangan nak sebarang sengkak. Kalau saya, saya akan sentuh dulu bahagian operation tersebut then kalau okay baru saya akan sengkak. Kalau masih bengkak atau something-something saya tak akan simply-simply sengkak. Jangan ingat ngam 2 tahun dah boleh terus sengkak.

Seperti yang saya pernah share sebelum ini, jangan jadikan urutan sebagai channel buat duit, tapi jadikan urutan sebagai terapi di dalam memberikan rawatan yang TERBAIK untuk para pelanggan anda. Rawatlah mereka sebagaimana anda merawat tubuh badan anda sendiri.

Contact: 0176325250

No comments:

Post a Comment