Monday 28 March 2016

G6PD???

Salam petang semua,

Slot urutan ibu selepas bersalin first day bermula hari ini. Untuk rawatan bersalin saya memang dah tak buat pakej. Hanya urutan sahaja sebab saya rasa yang urutan itu lebih utama berbanding dengan pakai bengkung, param, pilis, tapel serta bertungku. Boleh dibuat sendiri berbanding dengan urutan.

Kebetulan pula customer saya baby dia G6PD. So, memang tak boleh dengan herba, ubat senseh, jamu, ubat-ubatan tradisional serta banyak lagi pantang larangnya.

Untuk G6PD, bukan setakat baby yang dijaga pantang larangnya, si ibu juga kena jaga terutama penggunaan minyak urut. Biarlah ada yang mengatakan guna minyak afiat takpe, minyak serai takpe. Baby saya okay je. Takpe lantak pi dengan depa semua. Yang sakit kelak baby kita. Yang susah nanti kita juga. Better saya guna baby oil sahaja untuk urut si ibu. That is why saya memang bawa baby oil bersama saya sebagai persediaan untuk masalah seperti ini.

What am I gonna advise is jangan sesekali nak ikut orang lain. Fikirkan diri kita sendiri dan juga insan yang kita sayangi. Lain baby lain antibodi dan kekuatan sistem imune tubuh badan dia. Maybe baby dia boleh terima minyak afiat tapi sebaliknya berlaku ke atas baby kita.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan dengan sedalam-dalamnya.

For reservations: 0176325250

No comments:

Post a Comment