Friday 15 April 2016

Rawatan ibu selepas bersalin

Salam sayang all the ladies in Facebook,

Baru settle rawatan pakej Bersalin hari pertama bersama Puan rashidah. Masalah utama beliau adalah:

✍��aliran darah tak lancar
✍��kebas seluruh badan

Sepanjang saya mengurut beliau, seluruh badan beliau sangat kebas dan apa saya lakukan adalah terapi urat saraf iaitu melembutkan urat yang tegang dan kebas seluruh badan. Makan masa juga sesi rawatan ibu dan paling best adalah saya lakukan urutan breast bagi melancarkan aliran susu serta urat tegang yang boleh memberi kesan di dalam penghasilan susu.

Memandangkan beliau ada membuat suntikan epidural, maka sewaktu sesi rawatan bertungku saya memang fokus lebih bahagian ari-ari, tepi perut, peha, pinggang dan tapak kaki. Bahagian anggota tubuh badan lain juga saya rawat, tetapi saya fokus lebih kawasan tubuh badan yang saya nyatakan itu especially bahagian pinggang dan tumit kaki.
Alhamdulillah dari sukar nak bangun dah kurang sikit sakit pinggang nak bangun after rawatan bertungku. Tungku besi memang saya bakar lebih kurang 20 minit bagi mendapatkan kepanasan yang seimbang. Saya tak mahu terlalu panas dan sejuk. Yang sedang-sedang saja. Gitew.

Esok insya Allah hari kedua continue rawatan. Puan Rashidah juga ada order Jamu Kunyit Warisan Nenda dan saya pesan kat dia amalkan Jamu saya ini after 14 days bersalin (berpantang) dan untuk permulaan try dulu 3 biji sekali sehari dibilas dengan air suam hangat. Elok Jamu ini diambil oleh ibu dalam berpantang di mana salah satu fungsinya adalah melawaskan. Mudah nak buang air besar sebab dalam tempoh berpantang ni masalah utama yang dihadapi adalah masalah membuang air besar.

That's all for this time and will be continue after this and maybe tomorrow. Insya Allah.

Masih ada slot kosong but not this week. Insya Allah next week ada tapi bertindan juga sebab isnin saya close. But don't worry, text @ call je akk via number:

Contact: 0176325250

No comments:

Post a Comment