Friday 22 April 2016

Urutan aura diri

Alhamdulillah settle sudah slot urutan tradisional melayu bersama Cik Shurianie yang bakal melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi iaitu minggu hadapan. So, untuk rawatan beliau agak special iaitu terapi urutan aura diri even dalam list rawatan saya tiada pun saya provide rawatan urutan aura diri.

Depends on problems setiap pelanggan saya. Bukanlah nak kata saya ni bomoh dan tiada bacaan mantera cuma sekadar potongan ayat dari al-quran serta zikrullah.

Even beliau belum melahirkan anak, tapi memandangkan beliau merupakan seorang yang berkerjaya dan berhadapan dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab di tempat kerja, pastinya memberi satu tekanan buat diri beliau. Masalah tegang urat dan kebas seluruh badan adalah 2 masalah utama beliau.

As usual, saya lembutkan seluruh badan beliau melalui rawatan terapi urat saraf. Tekanan kuat mengurut terutama urat saraf dan bahagian anggota badan yang sedang sakit sehingga meninggalkan kesan lebam dan bengkak adalah tidak elok ya anda semua.

That's why as therapist kita tidak digalakkan mengurut tempat sakit sahaja sebaliknya carilah urat pendua dan urut urat pendua tersebut dan selepas itu barulah lakukan finishing bahagian yang bermasalah itu.

Lagi satu, jika kita asyik tekan dan urut tempat yang bermasalah itu sahaja serta urutan yang terlalu kuat dan sakit akan memberi kesan:

��demam sehingga berasa menggigil, mengeletar dan bisa seluruh badan.

��terdapat kesan lebam kerana tekanan yang sangat kuat ketika diurut.

��terdapat garisan merah seperti dicakar kesan dari kuku tukang urut yang tajam.

Sebagai seorang therapist mahupun tukang urut, kuku haruslah sentiasa dipotong dan dijaga rapi serta tidak dibiarkan tajam kerana kuku yang tajam boleh menyebabkan kecederaan ke atas pelanggan.

Sedikit nukilan yang dipetik dari fitrihadi.com,

"Bahayanya kesalahan? Kesalahan kecil adalah bahawa kesalahan? Kesalahan itu tidak selalu kecil. Kesalahan kecil boleh mengakibatkan kesalahan yang lebih besar. Bersamaan dengan kesalahan itu, persoalannya boleh menjadi besar pula. Maka kesalahan kecil pun harus segera dibetulkan."

Sedikit perkongsian dari saya,

Urutan adalah belaian dan bukannya kesakitan.

For reservations:
☎0176325250
��0176325250

#jemarirefreshmobilespa
#jamukunyitwarisannenda
#nawalherbalbeautyputrajaya
#setbersalin
#tungkubesi
#sarungtungkuherba
#bengkungibu
#mandianherbaazzahra
#intensivetoninglotion
#repairingbeautylotion
#collagensoap
#bedakpanassyifa
#patiminyakserai
#femininewashmanjakani

No comments:

Post a Comment