Sunday 24 April 2016

Urutan ibu selepas bersalin

Salam sejahtera you alls,

Tadi saya ada janji nak share something dengan you alls kan tentang customer saya yang anak dah masuk tiga tapi saya merupakan therapist dia yang pertama.

Maksudnya apa? Maksudnya adalah, beliau tak pernah berurut since dari melahirkan anak pertama atas tiket alasan,

"AKAK GELI NAK BAGI ORANG SENTUH BADAN AKAK."

Actually urutan ni penting dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Tambahan pula jika sudah melahirkan anak di mana kebaikan melakukan urutan selepas bersalin adalah (sumber daripada PaMa): 

��Melancarkan perjalanan darah.

��Mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung.

��Menaikkan rahim.

��Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.

��Memecahkan lemak.

��Mengetat dan membentuk kembali tubuh.

��Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.

��Memberi kesegaran tubuh badan.

Yang menariknya, urutan tradisional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payu dara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.

Untuk kesan yang lebih baik serta menyegarkan tubuh badan, disarankan agar melakukan rawatan tungku badan serta memakai param, tapel dan pilis seluruh badan dan last sekali barulah berbengkung. Insya Allah bukan sahaja menyegarkan tubuh badan malahan juga membentuk postur tubuh yang menawan dan anggun ala-ala Che Ta gitew.

Nak tahu apa masalah customer saya yang tidak berurut selepas bersalin ini?

��urat bersimpul sehinggakan selepas urat diperbetulkan kedengaran seperti bunyi meletup.

��angin dan kebas seluruh tubuh badan.

��bisa seluruh tubuh badan.

��rahim 'prolaps' dan angin di bahagian ari-ari.

Masa saya sengkak memang terasa rahim jatuh serta angin sekitar perut dan ari-ari. Agak sakit sikit masa disengkak tapi alhamdulillah komen beliau terasa ringan teramat sangat lepas disengkak dan begitu juga badan terasa ringan dan segar. Malahan yang paling mahal adalah langsung tak rasa geli pun.

Geli tu sekejap sahaja tapi sakit kerana geli tu boleh makan bertahun-tahun. Saya bukan nak paksa anda berurut dengan saya tapi saya nak anda sihat dan segar sentiasa. Tak kisah anda tak nak berurut dengan saya. Boleh je berurut dengan therapist lain asal anda ada lakukan rawatan urutan.

A HEALTHY MAN HAS A HUNDRED WISHES, A SICK MAN HAS ONLY ONE.

Yang mana satu menjadi pilihan anda?

HUNDRED WISHES ATAU ONLY ONE?

Segalanya ditentukan anda dan orang yang sihat pastinya memilih hundred wishes kerana bila datangnya sakit, hanya satu sahaja pilihan yang ada iaitu terlantar sakit. Bile sakit apapun tak mampu untuk dirasai dan dilakukan.

For reservations:
☎0176325250
��0176325250

#jemarirefreshmobilespa
#jamukunyitwarisannenda
#nawalherbalbeautyputrajaya
#setbersalin
#tungkubesi
#sarungtungkuherba
#bengkungibu
#mandianherbaazzahra
#intensivetoninglotion
#repairingbeautylotion
#collagensoap
#bedakpanassyifa
#patiminyakserai
#femininewashmanjakani

No comments:

Post a Comment