Wednesday 25 May 2016

Si kecil pun nak dibelai

Si kecil pun nak dibelai
-----------------------------
Jangan ingat anda sahaja yang dewasa perlukan urutan. Si kecil anda pun ingin diurut cuma cara penyampaiannya sukar untuk difahami. Bahasa isyaratnya hanyalah tangisan. Terutama sebelah malam dia menangis dan merengek serta mogok tak moh tidur disebabkan berasa kurang selesa dengan badan yang kurang sihat.

Dan juga jangan ingat si kecil anda tiada masalah urat tegang dan juga demam urat. That's why, minyak telon kena standby di rumah agar memudahkan kita untuk mengurut dia setiap kali dia demam mahupun badan kurang selesa.

Kesilapan kita adalah setiap kali si kecil sakit terutama badan dia panas, kita akan cepat-cepat bawa ke klinik. Why not after this before atau dalam perjalanan ke klinik, kita urut dahulu dia. Sepertimana orang dewasa, urutan juga baik dan elok buat si kecil bagi:

��perkembangan emosi di mana merapatkan hubungan di antara si kecil dan penjaganya dan memberi ketenangan.

��dari sudut fizikal, urutan elok untuk proses penghadaman, pertumbuhan dan koordinasi bentuk tubuh badan serta mengelakkan masalah kembung perut (colic).

��merangsang saraf otak untuk membantu penyerapan zat makanan dan penambahan berat badan lebih cepat.

��Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail menjelaskan bahawa kajian juga menunjukkan urutan bayi mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi dan memperbetulkan masalah tidur di kalangan kanak-kanak kerana urutan dapat membantu mereka tidur dengan lebih cepat dan kurang terjaga serta mampu untuk menyerlahkan perkembangan fizikal dan kesejahteraan bayi dan kanak-kanak.

��urutan juga mempertingkatkan pertumbuhan tulang 15 peratus.

��urutan bukan sahaja menggalakkan pertambahan berat dan koordinasi otot badan bayi, bahkan menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan bayi.

Walaubagaimanapun, harus diingatkan urutan bayi dan kanak-kanak agak berbeza sedikit dengan dewasa di mana teknik urutan haruslah lembut dan tidak kuat di mana tulang dan urat saraf mereka masih lembut dan dalam proses perkembangan.

Jika orang dewasa diurut sebulan sekali, why not kita spend some money untuk sama-sama berurut dengan si kecil. Pakej ibu dan anak. Menarik sangat-sangatkan??? Jangan asyik nak belai tubuh badan kita sahaja sedangkan si kecil molek kita juga memerlukannya. Bukan kehendak tetapi keperluan. Kita belai diri kita tapi bila si kecil demam, tak boleh tidur, menangis dan sebagainya, jika tak dibawa jumpa doktor kita akan bawa jumpa dengan perawat alternatif.

Betul tak? Haish dah dah dah kita tukar kepada rawatan urutan seluruh badan pula. Kita bagi dia diurut dahulu then barulah kita pula yang diurut. Atau kita diurut dahulu then dia pula diurut. Pakej urutan tradisional melayu ibu dan anak.

PM saya untuk slot rawatan dan saya datang ke tempat anda.
-----------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurulzhomespa
#urutantradisionalmelayu
#pakejurutantradisionalmelayuibudananak

No comments:

Post a Comment