Tuesday 24 May 2016

Relaxing & Rejuvenate

Relaxing And Rejuvenate
------------------------------
Habis gatal seluruh badan apabila diurut. Sebelum ni tak pula gatal. Tiba-tiba kali ni gatal pula diurut especially bahagian belakang badan dan celah-celah pelipat. Confuse tapi itulah kesan daripada toksin dalam tubuh badan serta urat yang terlalu tegang dan kebas seluruh badan. Aliran darah yang dilancarkan setelah diurut beri kesan ke atas tubuh badan yang bermasalah.

Bahagian tapak kaki pula terutamanya bahagian hadapan yang lembut, jangan semberonoh ditekan kuat terutama bagi yang gemar melakukan urutan refleksologi kaki, carilah therapist refleksologi yang benar-benar mahir dan terlatih di mana jika salah tekan urat boleh menyebabkan urat bengkak atau darah membeku.

Bahagian belakang badan diurut sebanyak 2 kali di mana masa rawatan yang diambil adalah selama 1 jam. Urutan yang pertama adalah bagi melembutkan urat yang tegang serta melancarkan aliran darah manakala urutan yang kedua adalah sebagai bilasan bagi melengkapkan dan memperkemaskan lagi urutan sebelum di sambung pula ke bahagian hadapan badan.

Sengkak rahim? Rahim ke bawah? Rahim senget? Dan pelbagai lagi isu tentang rahim ni. Hah lagi 1 rahim ke belakang. Untuk masalah rahim senget dan rahim ke belakang saya tidak syorkan untuk urutan dan better refer dengan doktor terlebih dahulu. Manakala, untuk masalah rahim ke bawah insya Allah boleh disengkak itupun bukan saya terus sengkak, tapi saya lakukan urutan perut terlebih dahulu dan kemudian baru saya sengkak. Untuk ibu selepas bersalin pula, sengkak rahim hanya dilakukan selepas hari ke-30 kerana sebelum hari ke-30, rahim masih lagi bengkak. Tidak disarankan untuk disengkak sebaliknya elok ditungku sahaja bagi mengecutkan rahim.

Saya datang ke tempat anda. Bukan sahaja urutan, lulur badan, masker badan dan pelbagai lagi rawatan disediakan untuk anda dan di tempat anda. Tak perlu nak keluar rumah and drive ke spa. Sebaliknya spa dipandu ke tempat anda.
------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurulzhomespa
#relaxingandrejuvenate
#spaatyourplace

No comments:

Post a Comment