Sunday 8 May 2016

Uruyan Ayurveda

Urutan Ayurveda
--------------------------
2nd day treatment my encik husben dengan urutan Ayurveda menggunakan minyak zaitun yang dicampur dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih alhamdulillah urat bahu yang tegang tepi tulang belakang dia renggang dan berbunyi ketika direntap dan bahagian atas punggung dipijak.

Rawatan menggunakan sumber bahan alami pastinya menyegarkan dan menyihatkan tubuh badan. Ditambah pula dengan secawan air teh hijau lemon hangat serta bauan limau purut yang dicucuk dengan cengkih bagi memberikan aroma semulajadi yang bukan sahaja wangi, menyegarkan, menyihatkan malahan juga bebas daripada bahan kimia serta toksid.

Rawatan Ayurveda sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat India dan sudah lama diamalkan sejak 5000 tahun yang lalu. Dan kini rawatan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat India.

Antara matlamat utama rawatan ini adalah untuk memanjangkan usia dan merawat penyakit daripada berlanjutan.

Walaupun sesetengah perawat dan pengamal Ayurveda mengamalkan mantera di dalam rawatannya, namun di dalam rawatan saya, tiada sebarang ayat-ayat mantera diamalkan. Rawatan Ayurveda yang saya lakukan lebih bersifat komplimentari dan diolah agar tidak bercanggah dengan rawatan Islam.

Kecantikan itu bukan sekadar dari aspek luaran sahaja malahan kecantikan itu lahirnya dari dalaman dan sistem tubuh badan yang sihat.
--------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshmobilespa
#urutanayurveda
#oliveoil
#kulitkayumanis
#cengkih
#bungalawang
#lemon
#limaupurut

No comments:

Post a Comment