Tuesday 14 June 2016

Czerian & Ceritanya

Czerian & Ceritanya
--------------------------
Kak Nurul'z: 4 Kali dah kan? Ikat terus???

Customer: Ha ah you 'coz doctor yang suruh.

Kak Nurul'z: Aduh kesian you. But it's okay you. Better ikat dari tak.

Customer: Mujur you datang I badan dah sakit-sakit dan terasa kebas dah ni.

Sedikit perbualan di antara saya dan customer saya di mana beliau Bersalin secara czerian (operation/pembedahan) dan ini merupakan kali ke-4 beliau czer di mana keempat-empat anaknya melalui proses kelahiran secara czerian (operation/pembedahan).

Jika diikutkan standard dan prosedur rawatan post-natal terutama urutan, seelok-eloknya urutan ibu selepas bersalin bagi yang bersalin secara czerian (operation/pembedahan) adalah selepas hari ke-10 atau ke-14 selepas bersalin. Tapi, memandangkan beliau dah tak tertahan menanggung sakit maka hari ke-3 dah start berurut.

Actually beliau request for 2 days only untuk urutan ibu selepas bersalin atas sebab-sebab tertentu, tapi saya advise dia 3 hari @ 3 kali memandangkan 2 hari @ 2 kali urutan sahaja tidak mencukupi. Masalah kecil beliau tu tiada masalah untuk saya dan saya bagi beliau foc 1 hari @ 1 kali urutan. Bagi saya kesihatan dia paling utama. Tak rugi mana pun saya untuk free gift tu. Hanyalah menggunakan tenaga fizikal sahaja.

And the most important thing is saya advise beliau untuk elak atau tidak makan ikan haruan, pati ikan haruan dan pati gamat di awal berpantang dan jika hendak makan, pastikan di dalam kuantiti yang sedikit atau seeloknya dimakan selepas hari ke-30. Pati ikan haruan lagi tidak digalakkkan diamalkan memandangkan kandungan haruannya yang sangat tinggi.

Antara masalah lain adalah:

❌usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan.

❌bahagian rahim melekat dengan organ-organ dalaman.

❌dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Ini boleh menyebabkan rahim terpaksa dibuang sebab rahim rosak teruk (melekat-melekat isi dan dinding rahim secara bersilang-silang).

❌rasa sakit perut (cramp like pain) disebabkan berlaku kelekatan melibatkan saraf.

Banyak lagi kesan-kesannya cuma secara ringkasnya apa yang saya nyatakan di atas. Luaran memang nampak kering dan terasa pulih sepenuhnya tetapi dalamannya kita tidak tahu. Lebih baik kita merawat dari mengubati. Amalkan pemakanan ibu berpantang mengikut menu makanan berpantang seperti biasa dan elakkan makanan yang tidak boleh dimakan. Full rest dan elakkan pergerakan yang banyak agar badan kita benar-benar sihat. Ini kerana, kita telah kehilangan banyak tenaga sewaktu hendak bersalin.

Last ya jika nak berbengkung make sure ikatan tali bengkung tidak diikat di bahagian jahitan. Biarkan renggang dan sengkak rahim dan urutan perut tidak boleh diurut selama 2 tahun dan ada juga sesetengah kes lebih daripada itu.
--------------------------
Call for appointments: +60176325250

#kaknurulzhomespa
#urutanibuselepasbersalin
#pakejrawatanibuselepasbersalin
#czerian
#ikanharuan
#patiikanharuan
#patigamat

No comments:

Post a Comment