Monday 21 March 2016

Sakitnya tuh di sini

Settle sudah slot hari pertama urutan tradisional melayu bersama Puan Suri. Customer saya ni booked 3 days direct rawatan urutan bersama saya.

Tak moh panjang lebar explain. Apa yang saya nak share adalah customer saya ni berhadapan dengan masalah:

��tekanan darah rendah
��kebas seluruh badan
��aliran darah tidak lancar
��angin seluruh badan
��ketulan di bahagian ari-ari

Paling kritikal untuk masalah tekanan darah rendah adalah beliau akan berhadapan dengan masalah hypo. Masalah hypo ni bahaya sebab boleh menyebabkan masalah pitam dan pengsan secara tiba-tiba. Dan paling kronik adalah strok. That's why untuk mereka yang ada masalah tekanan darah rendah disarankan sentiasa ada gula-gula, coklat dan minuman manis. Mereka juga dinasihatkan agar tidak kerap melakukan sauna dan jika hendak lakukan sauna pastikan sebelum dan selepas rawatan sauna harus minum air bagi mengelakkan pitam atau pengsan secara tiba-tiba.

Sewaktu saya lakukan rawatan urutan perut, saya ada menegur yang terdapat ketulan di bahagian ari-ari dan saya juga bagitau kepada beliau yang ketulan ini adalah disebabkan oleh lebihan darah yang tidak keluar habis terutama ketika datang haid.

Inilah yang menyebabkan CYST iaitu ketumbuhan dari lebihan darah. Jika fibroid adalah disebabkan oleh lebihan daging yang berkumpul lalu menjadi ketumbuhan. Tetapi kedua-duanya adalah dari keturunan yang sama iaitu KETUMBUHAN.

Untuk masalah ini saya advise beliau agar bertemu dengan doktor sakit puan dan actually beliau juga bersetuju di mana sebelum saya sudah ada doktor yang advice beliau untuk lakukan rawatan kerna sewaktu scan memang ada ketulan darah yang tidak habis keluar. That's why ianya mengganggu pengaliran darah haid setiap bulan dan darah yang keluar juga tidak begitu normal dan mengambil masa yang agak lama untuk stop.

Saya bukan seorang doktor. Yang mana clients saya perlu refer doktor saya akan advise dia untuk refer doktor. Insya Allah mana yang saya boleh bantu saya akan bantu. Apapun segala yang berlaku adalah di atas keizinanNya. Saya sekadar membantu dan saya juga hanyalah insan yang lemah yang masih perlu banyak belajar dari mereka yang berpengalaman.

Berbalik kepada customer saya ini, selepas rawatan beliau komen terasa ringan sangat badan. Dan jika beliau serasi dengan saya, maka every month dia akan lakukan rawatan dengan saya. Sebelum menamatkan sesi rawatan, saya Ikat rambut beliau agak tinggi dan simpul ketat dan tegang. Kenapa?

Simpulan rambut ni jika anda nak tahu sangat elok di mana:

��lancarkan aliran darah
��atasi masalah sakit kepala dan migrain
��buang angin kepala
��kemaskan rahim
��mengurangkan masalah tekanan

Selama ni ramai yang tidak tahu kenapa perlu simpul dan sanggul rambut tinggi-tinggi. Saya suka share dengan customer saya kebaikan simpul dan sanggul rambut terutama dalam berpantang.

Before saya nak stop story line saya, saya nak advise kepada anda di musim panas sekarang ni:
☀kurangkan aktiviti luar
☀minum air berlebihan
☀mandi air sejuk jika suhu tinggi

That's all and I need a rest. Insya Allah saya akan share more info yang berguna dengan anda semua jika diberi keizinanNya.

Contact: 0176325250

No comments:

Post a Comment