Wednesday 30 March 2016

Tombong & risikonya

Sharing is caring,

TOMBONG DAN RISIKONYA

Tombong jarang berlaku semasa wanita hamil. Sebaliknya,ia biasa berlaku sebelum wanita hamil dan uterus akan menjadi kecut dan terangkat secara sendiri selepas 3 bulan hamil. Justeru, sesuatu yang terasa di kawasan dinding faraj oleh wanita hamil selalunya berkaitan dengan pundi kencing jatuh (cystocele) atau dinding faraj jatuh.

Walau bagaimanapun, ini hanya boleh dipastikan apabila wanita itu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Lazimnya, tombong lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah beberapa kali hamil lebih daripada 1 atau lebih kelahiran vagina dan juga dihadapi wanita selepas putus haid.

Peringkat kedudukan rahim jatuh:

��rahim 1/2 bahagian atas vagina
��rahim turun hampir pada pembukaan faraj
��rahim menonjol keluar dari faraj
��rahim benar-benar keluar dari faraj sepenuhnya

Simptom rahim jatuh:

��merasa suatu tekanan dalam pelvis atau vagina
��sering ke tandas untuk buang air kecil
��kencing kerdas (tidak dapat menahan air kecil)
��sakit belakang di kawasan berhampiran serviks
��faraj berdarah
��keputihan melampau
��kencing kotor
��jangkitan pundi kencing berulang
��kencing tak lawas
��sakit ketika buang air kecil
��sukar buang air kecil atau air besar
��yang ni paling scary iaitu rahim dan serviks membonjol ke dalam bukaan faraj

Risiko???

Komplikasi akibat daripada tombong semasa hamil berbeza-beza daripada jangkitan serviks kecil kepada pengguguran spontan. Selain itu, anda akan mengalami tekanan bersalin lebih awal daripada waktunya (pre-matured).

Wanita yang terjebak dengan masalah tombong mungkin menghadapi risiko tertentu iaitu dystocia semasa melahirkan yang mana memerlukan bantuan kecemasan untuk bersalin.

Risiko paling serious adalah kematian janin dan juga jangkitan salur kencing yang serius serta kemungkinan mendedahkan wanita kepada perubahan pra-kanser sekiranya tombong berlaku dalam suatu masa yang panjang.

But, don't worry ada rawatan untuk mengatasi masalah tombong ini iaitu:

��senaman kagel
��pembedahan
��fotona laser

Untuk masalah tombong sewaktu hamil saya tiada rawatan khusus tetapi sebelum hamil dan selepas melahirkan, rawatan yang boleh saya syorkan adalah:

��urutan tradisional melayu
��jamu kunyit warisan nenda

Untuk urutan tradisional melayu disyorkan 3 kali rawatan dan amalkan 5 biji sekali sehari selepas makan jamu kunyit warisan nenda. Keduanya elok dan bagus di dalam mengatasi masalah rahim jatuh sekaligus menjauhkan anda dari masalah tombong keluar.

Arwah mak saya pesan anak Dara jangan suka sangat mencangkung dan angkat kotak berat. Katanya nanti terkeluar tombong. Dulu saya tak faham apa itu tombong. Now saya dah faham.

Tapi, before tombong tu menjelma, berlaku kejatuhan rahim. So, langkah berjaga-jaga adalah rajin lakukan rawatan urutan serta mengamalkan jamu yang boleh menjaga kesihatan luar dan dalam terutama bahagian rahim anda.

TAK SALAH MERAWAT DARI MENGUBATKAN?

For reservations: 0176325250

No comments:

Post a Comment