Sunday 15 May 2016

Aliran Darah Tak Lancar

Aliran darah tak lancar
-------------------------------
Keras bagaikan kayu kaki dan apabila disentuh untuk diurut langsung tak rasa sakit. Terapi urat saraf itulah rawatan alternatif terbaik gabungan daripada urutan dan titik refleks yang melancarkan aliran darah serta meregangkan urat yang tegang.

Bukan sahaja bahagian kaki malahan tangan serta tapak tangan juga terasa kebas pada satu-satu masa. Untuk masalah ini, rawatan yang dilakukan adalah titik refleks bagi melancarkan aliran darah yang tidak lancar serta masalah kebas dan kemudian barulah diurut keseluruhannya.

Jika diurut dan ditekan berulang kaki pastinya kita akan berasa kurang selesa dan berlakunya masalah bengkak urat. Masalah bengkak urat boleh membawa kepada penyakit demam urat di mana tubuh akan menggeletar dan bisa keseluruhan tubuh badan. Rata-rata yang saya rawat gemar meminta saya menekan kuat bahagian yang sakit berulang kali tetapi apa yang saya lakukan selain daripada terapi urat saraf adalah urutan urat pendua. Tidak diurut di bahagian yang sakit namun diurut di urat yang kedua dan kemudian barulah diurut di bahagian yang sakit.

Rendaman kaki air suam yang diperah lemon/limau nipis/limau purut dan dicampur dengan garam (lebih elok jika dapat garam bukit) juga elok dilakukan selama 15 hingga 20 minit sebelum urutan bagi tujuan:

��nyah toksin dalam  tubuh badan
��merawat masalah tumit kaki pecah
��merawat masalah tapak kaki berbau
��melancarkan aliran darah
��mengurangkan masalah kebas kaki
��melembutkan kulit kaki
��menghilangkan masalah kegatalan kaki

Batu sungai yang digunakan di dalam akuarium juga elok digunakan di dalam rawatan rendaman kaki. Gosok sahaja kaki sambil merendam kaki dan anda pasti akan merasa sungguh tenang dan batu sungai ini juga berfungsi di dalam melancarkan aliran darah.

Aromaterapi dibakar sepanjang rawatan  sambil ditemani oleh lampu tidur yang malap sudah cukup membuatkan anda berasa sungguh tenang.

Anda datang dengan tekanan dan anda pulang dengan ketenangan. Kepuasan anda adalah pegangan saya. Saya belai, rapi dan rawat anda dengan penuh keyakinan kerna saya yakin setiap permasalahan ada penyelesaiannya.
-------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#alirandarahtaklancar
#rendamankaki
#urutankaki
#lemon
#limaunipis
#limaupurut
#aromaterapi
#batusungai

No comments:

Post a Comment