Monday 16 May 2016

Rawatan kaki & urutan tradisional melayu (full body)

Rawatan kaki & urutan tradisional melayu (full body)
---------------------------
Rendaman kaki dengan air suam yang diperah lemon dan limau purut ditambah pula batu sungai kecil yang berfungsi sebagai batu refleksologi dalam air pastinya membuatkan anda berasa sangat selesa dan aliran darah lancar.

Untuk kesan yang lebih mantap, letakkan kedua-dua tumit kaki anda di batu tersebut dan tekan serta gerakkan tumit kaki seolah-olah diurut. Teknik ini sangat bagus dan elok diamalkan bagi mereka yang mempunyai masalah rahim. Aromaterapi juga dititiskan bagi membangkitkan aura positif dalam diri dan menyahkan aura negatif melalui aliran darah dari tapak kaki.

Kebaikan rawatan kaki melalui rendaman air ini adalah bagi tujuan:

��nyah toksin dalam  tubuh badan
��merawat masalah tumit kaki pecah
��merawat masalah tapak kaki berbau
��melancarkan aliran darah
��mengurangkan masalah kebas kaki
��melembutkan kulit kaki
��menghilangkan masalah kegatalan kaki

Selain daripada penggunaan lemon, limau nipis, garam dan limau purut serta produk rendaman kaki yang lain, rawatan rendaman kaki menggunakan ais juga sangat elok diamalkan terutama sebelum kita tidur. Selain itu, kita juga boleh menggunakan herba mandian yang dijual di pasaran di mana herba tersebut direbus terlebih dahulu dan kemudian dicampur dengan air sejuk dan agak-agak hangat kita rendam kaki.

Penggunaan cuka putih yang dicampur dengan Listerine juga boleh digunakan di mana ianya boleh melembutkan kulit kaki. Namun harus diingatkan penggunaan cuka putih dan Listerine yang kerap boleh menghakis kulit kerana kedua-dua bahan ini mengandungi asid di mana lapisan kulit kaki akan menjadi nipis.

Urutan tradisional melayu (full body) menggunakan minyak serai yang dicampur dengan minyak bunga matahari selama 2 jam pastinya membuatkan anda terlena sepanjang rawatan. Ditambah pula dengan lampu tidur yang malap dan cecair aromaterapi yang dibakar pastinya menambahkan lagi ketenangan anda sepanjang rawatan.

Best best best dan lagi best jika sepanjang rawatan tiada gangguan. Boleh je dilakukan di tempat anda tapi kenikmatannya agak kurang jika dibandingkan dengan rawatan di home spa saya. Well well well, ringankan jari jemari anda call/whatsapp saya dan kita set appointment ya.
---------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#rawatankaki
#urutantradisionalmelayufullbody
#rendamankaki
#lemon
#limaunipis
#limaupurut
#listerine
#cukaputih
#mandianherba
#ais

No comments:

Post a Comment