Saturday 14 May 2016

Urutan Ibu Selepas Bersalin & Tungku Badan

Urutan Ibu Selepas Bersalin & Tungku Badan
-------------------------------
Berpantang sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa dan hanya encik suami yang membantu pastinya memenatkan. Tambahan pula pada masa yang sama harus menguruskan lagi 2 orang anak kecil pastinya boleh memberi tekanan.

Baru masuk hari ke-30 urat seluruh badan dah terasa tegangnya. Even dah diurut 3 hari berturut-turut selepas bersalin, tetapi badan masih terasa sakit, tegang dan kebas.

That's why kena terapi seluruh badan even belum sampai ke hari penutupnya. Tapi, urutan sahaja tidak cukup dan haruslah bertungku juga. Jika lagi elok ditangas sebelum itu. Untuk rawatan bertangas, hari berpantang ke-30 ni dah elok untuk bertangas.

Dan rawatan bertangas lebih elok jika menggunakan bahan alami seperti serai, halia, lengkuas, cekur, asam keping, daun limau purut, daun kunyit, daun inai, daun sireh dan daun mengkudu. Before bertangas, lakukan senaman kemut terlebih dahulu bagi menguatkan tisu otot vagina dan otot seluruh badan.

Jika dalam amalan tradisional jawa kaum jawa, ibu berpantang seharusnya memakai bengkung jawa selama 44 hari dan posisi tidur haruslah dalam keadaan duduk bagi tujuan menyokong dan menguatkan tulang belakang. Selain itu, param, pilis dan tapel akan disapu setiap hari bagi mengeluarkan angin dalam tubuh badan serta mengelakkan si ibu bentan dan meroyan.

Amalan tradisi nenek moyang kita adalah amalan terbaik namun, jarang-jarang diamalkan pada masa kini atas sebab perubahan arus pemodenan. Rata-rata kita sekarang lebih selesa dengan rawatan menggunakan produk moden seperti losyen dan krim panas yang mana produk tersebut hanyalah menghangatkan tubuh badan dari luaran sahaja. Saya sendiri pernah menggunakannya dalam rawatan saya. Memang penggunaannya tersangat mudah dan menjimatkan masa namun kepuasannya kurang.

Warisan turun temurun dari nenda ke cucunda itulah menjadi pegangan saya sehingga kini. Saya rapi, belai dan rawat tubuh badan anda di tempat anda kerna sepanjang tempoh anda berpantang, elak-elakkan keluar dari rumah melainkan memang anda ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Oh ya, stokin juga harus dipakai sepanjang masa berpantang dan juga rambut harus disanggul rapi, ketat dan tinggi.

Ibu berpantang,

Saya datang ke tempat anda. PM saya awal sikit untuk temujanji anda dengan saya. Semua barang rawatan saya sediakan. Yang anda hanya perlu sediakan hanyalah diri anda dan bengkung. Even anda ada beli set bersalin, gunakannya selepas saya merawat anda.
-------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#urutanibuselepasbersalin
#tungkubadan

No comments:

Post a Comment