Tuesday 17 May 2016

Aromaterapi dan emosi

Aromaterapi dan emosi
------------------------------
"Sedapnya bau bilik. Wah, rasa macam di spa walhal di rumah sendiri,"

No more spa anymore. Spa di rumah sendiri pun dah cukup sedap. Tak perlu nak tempuh jammed dan bergaduh-gaduh manja dengan encik somi minta dijaga anak sebab nak berurut di spa. Bukan sahaja berurut, lulur badan, masker badan, bertungku badan dan nak bertangas pun boleh dilakukan di rumah sendiri.

Nak kata harga mahal jika dibandingkan dengan spa, tak lah juga. Tapi memadailah jika dikenakan transportation charge pun jika bila dikira-kira sama je kan, dengan minyak kereta serta tol yang dikenakan ke atas kita.

Paling menarik dan the most the bom is, sekali dengan pakej aromaterapi yang dibakar bagi membangkitkan dan menghidupkan mood di spa agar emosi kita menjadi seimbang. Tambahan pula, dengan minyak serai dan minyak bunga matahari yang digunakan di dalam rawatan urutan tradisional melayu serta minyak kayu cendana bagi urutan relaxing, sudah cukup sudah pastinya tubuh badan akan menjadi segar bugar serta bebas dari semua masalah dan tekanan.

Cakap bukan sebarang cakap. Cakap bukan sekadar hiburan mahupun mitos zaman dahulu kala. Teknik urutan bilasan selama 1 jam bahagian belakang dari kepala ke hujung jari kaki dimana untuk ke seluruhan bahagian belakang badan, setiap pelanggan akan diurut 2 kali di mana urutan pertama adalah terapi urutan melembutkan urat saraf dan kemudian diurut sekali lagi bagi memastikan keseluruhan anggota badan sudah diregangkan dan dilembutkan urat sarafnya.

Ditambah pula dengan bau aromaterapi yang dibakar sepanjang rawatan sudah pasti cukup membuatkan pelanggan berasa sangat tenang dan seolah-olah berada di spa cuma teh herba sahaja tidak dihidangkan. Sebaliknya therapist yang dihidangkan minuman pula. Hehehhe, gurau sahaja ya.

Teknik guasa juga diterapkan di dalam rawatan urutan saya di mana bahagian kepala saya akan guasa bagi tujuan:

��melancarkan aliran darah di kepala dan keseluruhan anggota tubuh badan.

��mengurangkan rasa sakit kepala dan migraine.

��mengeluarkan angin.

Ada yang bertanya dengan saya kekerapan rawatan urutan yang harus dilakukan pada setiap bulan? Sekali? 2 Kali? 3 Kali atau berkali-kali?

Jawapannya bergantung kepada diri anda sendiri di mana ada yang perlu repeat direct 3 hari berturut-turut dan ada juga yang sebulan sekali sudah memadai kerana jika selalu berurut orang tua-tua kata gian. Tapi, kebiasaannya saya akan bagitahu kepada anda jika anda perlu repeat treatment atau tidak.

Even saya seorang therapist, tubuh badan saya juga perlu diurut. Ini kerana, segala angin dan toksin setiap pelanggan saya ada yang berpindah masuk ke dalam tubuh badan saya. That's why saya amalkan:

��jamu kunyit warisan nenda
��tangas basah alami

Duit boleh dicari. Tapi, sekali kita sakit, duit yang banyak tak mampu untuk mengembalikan semula diri kita yang pertama iaitu sebelum kita sakit.

Oleh itu, give your body rewards. Pampered and treat it nice. Duit bukan segalanya di kala anda ditimpa kesakitan.
------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#aromaterapidanemosi
#urutantradisionalmelayu
#urutanrelaxing
#tangasbasahalami
#jamukunyitwarisannenda

No comments:

Post a Comment