Monday 16 May 2016

Limau purut

Limau purut
------------------------------
Sesak rongga hidung dengan bau yang teramat menyengat. Belum lagi dengan lendiran putih yang keluar dan kemudian bertukar warna kepada hijau pula. Nauzubillah himinal zaliqh minta dijauhkan dari segala penyakit masuk ke dalam tubuh badan kita.

Limau purut buah yang menggerutu. Buruk di luar semerbak harumnya. Buah bukan sebarangan buah. Buah digelar dengan gelaran buah saka. Digunakan dalam perubatan alternatif seperti cucian rambut, mandi bunga dan rawatan gangguan mistik.

Daunnya pula digunakan dalam masakan bagi menaikkan dan membangkitkan aromanya. Daunnya juga digunakan dalam mandian herba serta rawatan bertangas dan sauna. Memang sangat memberikan ketenangan tatkala hidung ini menghidu baunya yang segar bugar terutama di kala terasa stress dan tekanan datang melanda.

Sedikit sebanyak khasiat dan kebaikan limau purut:

��Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik.

��Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.

��Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.

��Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

��Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

��Anti histeria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.

Bahan alami yang diamalkan dari zaman ke zaman dan disambung ke generasi seterusnya agar tidak luput ditelan arus kemodenan. Ibarat pepatah melayu ada menyebut,

"Ditelan mati emak, diluah mati bapak"

Begitulah jua nak ditelan buah limau dan nak dikunyah daunnya memang tidaklahkan? Itulah yang membawa kepada penghasilan jamu kunyit warisan nenda dimana buahnya diadun bersama dengan rempah ratus dan herba semulajadi. Bukan sahaja bau yang enak diluaran, malahan dalaman juga disingkirkan bau yang kurang enak.

Kecantikan seseorang itu bukannya diukur dari penampilan luarannya sahaja tetapi juga kebersihan dalamannya.
------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#jemarirefreshhomespa
#jamukunyitwarisannenda
#limaupurut

No comments:

Post a Comment