Wednesday 18 May 2016

Induce dan tak boleh bergerak 1 minggu

Induce dan tak boleh bergerak 1 minggu
----------------------------------
Ikut kiraan doktor dah cukup bulan dah baby tapi masalahnya baby tak nak keluar. Nak tak nak kena induce. Sakit bahagian ari-ari dan celah peha dan susah nak bangun. Segalanya diuruskan oleh si suami sehinggakan nak bangun pun kena papah.

Induce maksudnya baby dipaksa untuk keluar. Kalau epidural pula ubat bius yang dicucuk di tulang belakang bagi mengurangkan sakit ketika hendak melahirkan baby. Normally epidural ni diambil oleh para ibu yang bersalin secara czerian dan tak kurang juga yang bersalin biasa pun ada yang ambil suntikan epidural.

Bukan itu sahaja, kesan daripada induce tersebut ke atas tubuh badan adalah:

��kebas seluruh badan disebabkan aliran darah tak lancar.

��urat seluruh badan tegang.

��sakit di bahagian sendi anggota tubuh badan especially bahagian pinggang dan peha.

��kesukaran untuk bergerak.

Banyak lagi kesannya tapi 4 yang saya nyatakan itu adalah kesan utamanya. Untuk rawatan ini, apa yang terbaik untuk dilakukan adalah:

��urutan ibu bersalin

��tungku badan

��pakai param untuk menghangatkan tubuh badan yang dah bisa dan kebas serta meregangkan urat seluruh badan yang tegang.

��pakai pilis bagi mengeluarkan angin dan toksin seluruh badan.

Dan tapel serta berbengkung sebelum tidur dan posisi tidur adalah duduk bagi menyokong tulang belakang dan menguatkan anggota tubuh badan kesan daripada induce.

Mengapa terasa sakit, kebas dan sukar nak bangun selepas induce?

Jawapannya adalah kerana ubat bius yang dimasukkan ke dalam tubuh badan sudah mula meresap ke seluruh tubuh badan dan kesan ubat tersebut dapat dirasakan sewaktu proses pembuangan air kecil. Berbau ubat itulah kata-kata mereka yang berhadapan dengan situasi ini.

Harus diingatkan untuk urutan make sure dilembutkan dahulu uratnya dan kemudian dibilas kali kedua agar si ibu yang diururt berasa selesa dengan badannya yang sedang sakit dan tidak selesa. Jangan terus-terus nak tekan kuat nanti bentan pula dan bila dah bentan jadi pula meroyan.

Bertungku pula memang sangat digalakkan terutama bahagian sendi yang sakit seperti pinggang, peha, tumit kaki dan ari-ari. Lakukannya setiap hari terutama 7 hari badan dah mula kebas dan sakit. Lagi elok sebelum proses urutan, mandi herba terlebih dahulu tapi bahagian kepala dan rambut jangan pula terkena air mandian herba sebab boleh menyebabkan kepala pening dan rambut gugur.

Tiada masalah untuk berurut jika kena induce sebagaimana doktor advise jangan berurut dahulu sebab badan masih sakit-sakit dan bisa. Elok berurut untuk ibu bersalin secara normal selepas hari kelima manakala bagi yang bersalin secara czerian (pembedahan), disarankan agar berurut selepas hari ke-10 atau ke-14. Tapi, rata-rata yang bersalin secara normal dan czerian after hari ke-3 dah start berurut sebab tak selesa badan rasa kebas dan sakit especially yang ada masalah susu tak keluar.

Tiada sakit yang tiada ubatnya. Ubat saya adalah terapi diri. Hanya sediakan diri sahaja dan saya rawat dan rapi anda. Segala bahan-bahan rawatan dibawa oleh saya.

Sediakan bengkung saya pakaikan untuk anda. Bengkung terbaik bengkung jawa atau bengkung tali. Bengkung untuk kemaskan rahim dan jaga tulang belakang. Ramai yang komen payah masa nak buang air. Tapi yang payah itulah yang terbaik. Ingatlah anda payah hari ini sahaja kerana kesannya bukan sekarang. Tetapi, selepas usia 40 dan ke atas.
----------------------------------
Call/whatsapp: +60176325250

#kaknurul'zmobilespa
#urutanibubersalin
#tungkubadan
#parampilistapel
#berbengkung
#induce

No comments:

Post a Comment