Friday 20 May 2016

Tumpah Darah

Tumpah Darah
-----------------------------------
50-50 kata doktor. Habis hitam-hitam bahagian tangan sebab darah dimasukkan ke dalam tubuh badan. Mamai kepala ni masa di wad dan dengar tak dengar saja orang di sekeliling berborak. Masa tu hanya Allah swt yang mengerti perasaan ini. Segalanya diserahkan kepadaNya.

Alhamdulillah syukur dan biarlah apa nak berlaku asalkan si kecil iaitu aset akhiratku selamat dan tiada cacat cela serta kekurangan. Tentang sakit diri ini, tak kisah asal jangan aset akhiratku itu yang sakit. 6 tahun penantian dan bukan 1 jangka masa yang singkat. Demi dia, nyawa sanggup dipertaruhkan.

Ini bukan cerita novel dan kemudian diadaptasikan menjadi slot akasia. Ini adalah cerita benar lagi sahih dari salah seorang pelanggan rawatan bersalin saya. Subhanallah kuat sungguh semangat beliau dan semangat seorang wanita bergelar ibu.

Banyak dugaan beliau dan bukan sekadar tumpah darah. Malahan, beliau berhadapan dengan masalah buasir dan paling kasihan doktor terjahit sekali daging buasir dia. So, apalagi??? Nak dekat 2 minggu makan berdiri dan masa diurut, terpaksa mengiring sebab sakit bahagian yang dijahit.

Nak masuk hari ke-33 pun still terasa sakit seluruh badan dan hampir nak kena bentan urat. Ikutkan tak boleh diurut ni, tapi saya urut dia slow dan insya Allah jika ada rezeki dia, saya akan:

��2 jam urutan ibu bersalin.

��30 minit tungku seluruh badan terutama bahagian peha, ari-ari dan tumit kaki dilebihkan.

��pakaikan param seluruh badan, tapel di bahagian perut before berbengkung dan pilis disapukan di dahi bagi kurangkan masalah angin dan sakit kepala.

��berbengkung last sekali bagi tujuan menyokong tulang belakang, menguatkan dan memperkemaskan rahim.

Actually kalau dah bentan, do not panic. Kalau panic akan jadi stress dan membawa kepada depression @ post partum (meroyan). Apa yang harus dilakukan adalah:

��sapu minyak @ losyen panas ke seluruh tubuh badan.

��then tuam @ tungku seluruh badan dengan batu sungai @ tungku besi.

Urutan seluruh badan memang elok tapi di kala urat seluruh badan sedang tegang, make sure jangan ditekan kuat sehingga menyebabkan sakit. Urutan adalah terapi dan bila mentioned terapi, maksudnya orang yang diurut berasa lega dan selesa.

Sebaik-baik urutan adalah dilakukan 3 hari berturut-turut. Dan jika tidak terdaya, sebulan sekali pun sudah memadai. Tetapi, untuk ibu bersalin, seeloknya dilakukan 3 hari berturut-turut dan urutan selepas bersalin juga boleh menambahkan produktiviti penghasilan susu badan selain daripada meregangkan urat tegang selepas bersalin.

Ibu bersalin tak elok keluar rumah sepanjang tempoh berpantang. Biar therapist yang datang ke rumah anda. Anda yang tengah berpantang tu dok diam-diam saja di rumah. Set bersalin simpan elok-elok sebab saya guna barang-barang saya. PM saya untuk details package yang saya sediakan atau bagitahu saya budget anda dan saya akan consult anda package yang bersesuaian dengan budget anda.
-----------------------------------
For reservations: +60176325250

#kaknurulzmobilespa
#pakejpostnatal
#tumpahdarah

No comments:

Post a Comment